BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

persoalan yang tiada jawapan... mungkin

oleh: mohammad hafiz ahmad

Segalanya bermula sekitar tahun 2005, isu bekalan air berjadual, ataupun DIPUTUSKAN bukan lah satu perkara baru di sandakan, sabah. lebih memburukkan keadaan, bekalan elektrik juga sering terpadam tanpa mengira waktu.

hal ini meresahkan penduduknya terutama pemilik premis-premis kecil yang beroperasi sepenuhnya menggunakan sumber asasi manusia ini. aktiviti seharian para suri rumah juga tertangguh akibat masalah yang umpama tiada penghujungnya ini.

(maaf mencarut)

selama 4 tahun penduduk Sandakan terpaksa menerima hakikat bahawa pada setiap hari Inin dan Khamis, bekalan air AKAN diputuskan terutamanya disekitar penempatan penduduk berpendapatan sederhana, seperti Taman Rajawali, Taman Kenari, Taman Merpati dan sekitarnya. Namun, hali ini tidak menjadi kebingungan kepada penduduk di kawasan-kawasan elit, mungkin kerana purata penduduknya adalah 'Jutawan Segera', agaknya.

apa yang pasti, pihak tertinggi masih berdolak dalih dalam menyelesaikan isu ini kerana mungkin beranggapan kurangnya warga yang lantang membidas, lantas membuat kesimpulan, penduduknya adalah lembu yang patuh menurut kata tuannya tatkala mudah menarik tali pada hidungnya. mungkin juga kerana daerah kedua terbesar di Sabah ini ditakhluki oleh bayang-bayang gelap yang pantas memperkotak-katikkan minda dan sanubari penduduknya dengan memerintah menggunakan undang-undang ciptaan kelompoknya.

persoalannya, sampai bilakah masalah ini akan terus berlaku? adakah ini kerana status 'Dalam Pembangunan', penduduknya terpaksa menelan segala keperitan? Dimanakah dan apakah saluran yang betul dan selayaknya untuk warganya mendapatkan penjelasan yang maha benar?

pihak berpangkat harus bertindak, walau agak lembab, menerangkan keadaan sebenar disebalik konflik yang menjadi permasalahan kepada penduduk-penduduk bertaraf 'kebanyakan' ini. walau sudah terhantuk dan terngadah, sekurang-kurangnya masalah ini tidak terus menjadi duri dalam daging dimasa hadapan.



p/s: aku nak tukar course ke Journalism la.. huhu

0 comments: