BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 19, 2011

Kita sudah besar

Hari berlalu tanpa disedari
Minggu yang datang
Ditempuh tanpa dipeduli
Tidak sedar pagi atau dinihari

Adakah ini maksudnya,dewasa?

Terduduk terdiam
Meneka hati yang berbalam
Dimana pergi hilangnya tawa
Riangnya hati bergurau senda
Bersama teman dikala suka
Bersama sahabat ketika duka?

Inikah maksudnya, dewasa?

Hari-hari yang berlalu
Membawa pergi bersama keceriaanku
Keriangan bersama teman temanku
Yang Membawa haluan satu persatu

Ada yang pergi kerana ego semata
Ada yang pergi melupakan segala
Ada yang pergi bersama luka
Tapi semuanya terletak pada kita
Memilih struktur jalan cerita

Inikah maksudnya, dewasa?

Ku doakan yang terbaik buat kita
Moga sejahtera hendaknya

Amin.

Sunday, July 10, 2011

Kau yang memula

Akan ku kata apa yang terlintas
Akan ku luah apa yang tersekat
Biar kau tahu langit terbentang luas
Tiada halangan juga pengikat

Tidak ku kisah kau mengata dan mengeji
Tidak ku tahu mahu menahu
Jika kau lantas berseteru
Kerna kau yang memilih berakhir begitu

Tidak ku kisah kau berfikir apa
Mahu menganggap aku jenis yang apa
Kerna aku akan berterusan begitu
Harap kau menerima, atau pergi berlalu.

Dan akan ku berhenti
Setelah terpancar kebodohanmu sendiri



Friday, July 8, 2011

Inikah yang kau mahu?

Adakah ini yang kalian mahukan
Adakah ini keamanan yang dilaungkan
Atau adakah ini suatu perancangan
Untuk menjana api kebencian.

Jangan kau laung kalimah suci itu
Jangan kau libatkan peganganku
Dalam perjuanganmu yang sia sia
Jangan kau letak agamaku serendah akalmu

Oh, mungkinkah bauan hanyir darah-darah kebencian
Akan ku hidu setiap hari hariku
Dari jasad-jasad yang keliru
Entah apa yang cuba dibuktikan.

Apa salah kami,
Yang tidak berpihak pada kamu dan kamu,
Kamu menuntut hakmu,
Tapi bagaimana pula kepada kami,
Hak kami yang tidak mahu segala kebencian ini?

Thursday, July 7, 2011

Celaru

Hati dan perasaan sukar diduga.

Sedayanya kita cuba menjadi sempurna
Atau mungkin setidaknya
Mencuba sehabis daya
Semata mata tidak mahu terus diduga

Kita menangis, bila hati diduga
Kita menyalah takdir, bila diduga
Ibaratnya dunia terlalu kejam
Membiarmu bersendirian bersama hati yang gundah
Ibaratnya diri hidup bersendiri, terkulai sepi
Mengharap ia sekadar mainan mimpi

Hati mula meronta, mahu menghenti segala
Yang dimula mahu diakhiri segera
Mahu ditutup pintu hati yang terbuka
Mahu dihenti berdetiknya masa

Apalah ertinya hidup jika tidak ceria
Jika hari hari penuh curiga
Meronta mahu meluah segala
Tapi sayang, pada siapa.

Jangan. Jangan dilontar amarah itu
Jangan di luah terus menoktah
Jangan dihenti berkembangnya bunga
Walau makin layu, serinya tiada.

Katalah pada hati
Jika sudah ditakdiri
Kalau Kasih mahu terus disemi
Biarkan amarah dan benci
Kerana ia akan beransur pergi

Kerana hanya kau pasti mengerti
Betapa kuatnya ikatan yang telah terpatri.