BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 19, 2009

perlukah aku mengganti baju yang baru?

sudah 3 hari aku memakai baju yang sama.
terasa selesa memakainya.
sejuk.
tapi, mungkin sudah tiba waktunya untuk aku menukarnya.
si baju terasa tidak selesa, rimas di badanku.
mungkin.

sedayanya aku tidak menggantinya.
kerana keselesaan.

mungkin
aku harus terus bermimpi.
kerana baju mulai masam dan berdaki.

aku lelah mencari baju yang sesuai
yang cantik terlekat di tubuhku
yang sejuk walau berharian di susukku
yang cocok digaya dengan apa sahaja.

yang ku impikan
baju itu terus bertukar menjadi kulit
agar kekal terlekat dan melekap
menjadi sebahagian dariku.


perlukah aku mengganti baju yang baru?

Wednesday, November 11, 2009

ini detiknya.

3 tahun sudah berlalu. dilipat kemas menjadi kenangan dan disimpan rapi sebagai panduan dimasa depan. kenangan itu semua bermakna. biar pahit mahupun gembira. buat apa menyesal jika semua ini adalah ketetapan dari-Nya.

ingin berterima kasih pada insan-insan (maksudnya ramai..) yang bersama-sama sepanjang perjalanan yang jauh namun terasa singkat dipenghujungnya.
ayat perlu disusun rapi, dikepil bersama kepingan foto waktu bersuka ria.

nanti. masih menunggu ilham.

kadang-kadang perpisahan itu perlu;
untuk mewujudkan perasaan rindu tika berjauhan.
kadang-kadang perpisahan itu dapat merapatkan jurang ada kerana merindui detik-detik tika bersama.

airmata ini bukan kerana kesedihan kita bepisah
tapi merindui detik kita tidak lagi bersama melakukan kebiasaan yang sama.

cuba menahannya dari mengalir.