BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 11, 2014

Lagi

Sekali lagi tewas mahu mencuba

Kerana tahu akhirnya bagaimana
Mungkin juga kepastian belum tiba
Yang ini hanya kasihan semata?
Atau berpaksi gunungan impian sahaja.

Maaf. Mari berhenti dan kenali diri 
Mahumu apa dan apa.

Wednesday, April 2, 2014

Ketidaksedaran

Yang akhirnya semua berpunca dari diri, bukan silap laku kau atau dia. Kerana akhirnya ia datang dari hati yang tidak pernah puas dengan kesempurnaan dan kesyukuran. 

Mulakan.

Sentiasa ada sesuatu sebagai pemula. Mungkin atas desakan sekeliling yang semakin menyempit. Atau kehendak peribadi yang sukar diturut. Sehingga memaksa untuk merubah tindak dan tanduk.

Menerima perubahan itu juga sebagai satu pemula. Seperti dilakukan sekarang, dan hari sebelum dan seterusnya. 

Tuesday, February 25, 2014

Kadang-kadang

Ya, tipu jika ku kata tidak pernah termimpi, untuk kembali seperti yang pernah dialami.


Tidak dinafi, ada kala bangkit rasa menyesal, mahu melempang pipi kerna tidak tahu rasukan apa membuat keputusan dengan sekali hembusan.

Tapi, bila diingat sakit dan perit menunggu saat berhenti, bila mahu menoktah; yang pasti bukan atas desakan kesingkatan akal namun tindak tanduk yang memual lagi menjerut; 

Tarik sedalamnya-menghembus kuat dan memikir tugas-tugas yang tak sudah. 

Lalu hidup diteruskan, sediakala. 

Saturday, February 22, 2014

Bebal sang egois

Mungkinkah terlalu jujur hingga menurut segala kata hati, meninggalkan yang sedia memberi, setelah kau pun sekejap terpatri?

Menidakkan semua yang selama ini kau tagih?

Mungkin juga kerana egois yang cukup menebal sehingga membuat diri bebal mematikan rasa sehingga kau kini kesal?

Mungkin juga takut memberi persepsi yang akan menjadi satu lagi mimpi ngeri, membuat satu lagi mimpi, mati?

Bersediakah kau sedangkan kau memulakan?

Mencari alasan untuk membunuh satu impi. Lagi.