BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 1, 2010

kewartawanan dalam talian harus dikawal

Kepesatan teknologi maklumat menjadikan dunia tanpa sempadan. Pengguna boleh mengakses berita luar Negara dengan hanya di hujung jari. Segala-galanya mudah dan sekelip mata. Namun, kemajuan ini sering dijadikan platform oleh sebilangan individu mahupun organisasi yang tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan dakyah dan propaganda masing-masing.

Pengawalan media dalam talian ini penting bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan Negara. Ini turut diakui oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dimana beliau menyatakan kebebasan bersuara media harus disekat dan dibendung untuk mengelakkan kepincangan dan keutuhan masyarakat.

Sekarang ini, di Negara jiran, kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sedang mempertimbangkan untuk menyekat penggunaan internet yang melanggar ‘kesopanan umum’ dan keperibadian, mencetuskan kritikan daripada penulis blog serta pengguna laman web (Berita Harian, 2010). Objektifnya mudah, “untuk meminimumkan kesan negatif yang dibawa oleh internet,” kata jurucakap Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Gatot Dewabrata. Langkah ini mungkin dilihat agak keterbelakang dan tidak selari dengan arus kemodenan, namun jika ia dapat mengurangkan jenayah siber mahupun sebaran fitnah yang semakin berleluasa, mungkin ia harus dipertimbangkan oleh pihak berwajib.

Pengawasan dan pemantauan dari sudut undang-undang juga harus diperkukuhkan dan diwujudkan selaras dengan kesesuaian masa sekarang. Hal ini kerana, tidak ada satu pun akta mahupun rang undang-undang yang mengkhususkan kepada sekatan internet. Ianya termaktub kerana mengikut perjanjian dibawah Rang Jaminan MSC Malaysia dimana kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menepis penggunaan internet untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC di Malaysia juga pertumbuhan industri teknologi maklumat. timbul tanda tanya, adakah rang undang-undang ini masih rasional kewujudannya?

Seorang remaja perempuan di Indonesia, 17 tahun dijatuhi hukuman penjara 75 hari baru-baru ini kerana mengirimkan komen-komen negatif kepada kawannya Julai tahun lalu dalam laman web Facebooknya. Aktres Luna Maya dikecam hebat oleh wartawan Indonesia kerana menyiarkan pendapatnya di laman Twitter dengan menyifatkan mereka (wartawan tabloid) lebih teruk daripada pelacur dan pembunuh. Masihkah kalian ingat keterlanjuran bicara pelajar ASWARA, Mohamad Tasyrif Tajudin? Rentetan kes-kes seperti diatas jelas menunjukkan betapa pengawalan dan pemantauan penggunaan internet, khususnya berita dan maklumat yang disebarkan oleh kewartawanan dalam talian, adalah perlu demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan Negara.



p/s: tuntutan pembelajaran. :)