tag:blogger.com,1999:blog-5681620584236557732024-03-05T06:49:15.738-08:00:: hafiz ahmad ::Bila hati terlalu terkesan dengan mimpi, hanya coretan penenang sanubari.:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.comBlogger79125tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-598417658000082952015-08-20T07:53:00.001-07:002015-08-20T07:58:29.481-07:00Sekali lagiAhh sukarnya menduga hati
Tersalah erti sakit sendiri

Tapi caramu seperti mahu memberi

Bisik peluk tawamu seakan seerti

Seperti kasih kita sudah bersemi

Sayang oh sayang

Rupanya ku bersangka sendiri

Menulis bait cinta fantasi

Berutus kasih berkongsi emosi

Yang ku karang tika kita dalam mimpi.

Oh terjadi sekali lagi

Cepat bangun sedarlah diri

Benang kau kait menusuk ke hati

Menikam-nikam sampai kau jadi sepi

F.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-2516781710467270322015-08-11T10:31:00.001-07:002015-08-11T10:31:56.406-07:00Entah bila lagiSemakin hilang kata semakin hilang rasa
Tapi hati perlu tahan jangan sampai terkesan

Hilang segala mimpi lelah mahu berlari

Mengejar impi yang satu biar mereka membisu

Mungkin hati makin kering kerana jiwa telah kontang

Dengan taburan kata rindu yang menggamit kalbu

Lena dalam dakap bangkit saling melengkap

Disulam kata benci cemburunya membabi

Hujung tetap kembali kerana senyum mu adalah pelali

Setia berjanji tak kan pergi

Mencari harum dari sebatang kuntum

Kerana percaya aku belahan jiwa

Yang kau toreh sedalam yang boleh.

Tapi, sayang.

Kau hanya imaginasi

Yang ku tagih dalam mimpi

Yang tak muncul jadi realiti

Entah bila lagi.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-48311305639191461122014-04-11T05:54:00.001-07:002014-04-11T05:54:14.955-07:00LagiSekali lagi tewas mahu mencuba
Kerana tahu akhirnya bagaimana

Mungkin juga kepastian belum tiba

Yang ini hanya kasihan semata?

Atau berpaksi gunungan impian sahaja.

Maaf. Mari berhenti dan kenali diri

Mahumu apa dan apa.

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-58389654052620694982014-04-02T11:20:00.001-07:002014-04-02T11:20:38.988-07:00Ketidaksedaran
Yang akhirnya semua berpunca dari diri, bukan silap laku kau atau dia. Kerana akhirnya ia datang dari hati yang tidak pernah puas dengan kesempurnaan dan kesyukuran.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-6929140606026018702014-04-02T11:19:00.001-07:002014-04-02T11:19:21.159-07:00Mulakan.
Sentiasa ada sesuatu sebagai pemula. Mungkin atas desakan sekeliling yang semakin menyempit. Atau kehendak peribadi yang sukar diturut. Sehingga memaksa untuk merubah tindak dan tanduk.

Menerima perubahan itu juga sebagai satu pemula. Seperti dilakukan sekarang, dan hari sebelum dan seterusnya.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-37969194085887896542014-02-25T11:40:00.001-08:002014-02-25T11:40:20.149-08:00Kadang-kadangYa, tipu jika ku kata tidak pernah termimpi, untuk kembali seperti yang pernah dialami.

Tidak dinafi, ada kala bangkit rasa menyesal, mahu melempang pipi kerna tidak tahu rasukan apa membuat keputusan dengan sekali hembusan.

Tapi, bila diingat sakit dan perit menunggu saat berhenti, bila mahu menoktah; yang pasti bukan atas desakan kesingkatan akal namun tindak tanduk yang memual lagi menjerut;

Tarik sedalamnya-menghembus kuat dan memikir tugas-tugas yang tak sudah.

Lalu hidup diteruskan, sediakala.

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-45829610453871262342014-02-22T07:41:00.001-08:002014-02-22T07:41:48.898-08:00Bebal sang egoisMungkinkah terlalu jujur hingga menurut segala kata hati, meninggalkan yang sedia memberi, setelah kau pun sekejap terpatri?
Menidakkan semua yang selama ini kau tagih?

Mungkin juga kerana egois yang cukup menebal sehingga membuat diri bebal mematikan rasa sehingga kau kini kesal?

Mungkin juga takut memberi persepsi yang akan menjadi satu lagi mimpi ngeri, membuat satu lagi mimpi, mati?

Bersediakah kau sedangkan kau memulakan?

Mencari alasan untuk membunuh satu impi. Lagi.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-43345159784885729512013-08-16T13:07:00.001-07:002013-08-16T13:07:32.134-07:00Penghargaan Tak ingin kehilangan sesiapa lagi. Cukup dan ku perlu sedar untuk menghargai dan menerima ketentuan yang telah termaktub.:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-27039628931363255642013-08-12T11:55:00.001-07:002013-08-12T11:56:47.751-07:00Perih 2 : egois.
Sayang bila egoistik dan sifat kebanggaan pada kenikmatan semakin membesar dalam diri. Meluput sisa tawa yang dikongsi semalam. Melenyap janji setia bersama tika kau sedih atau gembira. Menjadi orang pertama mendengar segala kisah, malah tidak meminta balasan, hanya sekadar perhatian.

Dan kau mengata, serahkan saja pada takdir? Ku keliru dengan tindak dan tandukmu seolah-olah mahu mengelak kesilapan yang jelas terpancar atas kebodohan dan kesilapan diri. Semua disebabkan kerana, egoistik- Perasaan yang menutup kerendahan hati yang ku bangga ada dalam dirimu. Sayang ia perlahan lenyap dan berganti dendam yang kau simpan sekian lama.

Sahabat, hentilah sandiwara kerana belang sudah terbongkar. Kau mengata itu, tapi ku tahu ia begini. Kami tertawa melihat tiap lagak dan permainanmu.

Dangkal, ya dangkal. Kerana tidak ku sangka imbasan dendammu sekadar menunjukkan kau tidak mampu untuk berkata maaf. Perkataan ringkas namun bisa merungkai jerat yang kau cipta sendiri.

Sial.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-27687902168483280732013-08-01T12:35:00.001-07:002013-08-01T12:35:12.187-07:00Belum lagiSudah berulang kali ku kata bosan
Mengata terang tanpa kiasan

Hidup tanpa makna, sendirian

Mencuba lagi berlandas pengalaman.

Sayang ku disapa

Ku bosan kerana apa

Mencuba untuk apa

Sedang kau sendiri memilih hidup tanpa

Siapa.

Dikata ku hipokrit semata

Mau mencuba, tanpa sebarang rasa

Menafi hati mekar berbunga

Ku disapa.

Untuk apa mencuba jika menutup hati daripada berkata

Untuk apa mencuba jika tak tahu meletak rasa apa dan bagaimana.

Ya, ku belum bersedia.

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-13155434713887676992013-07-28T23:48:00.001-07:002013-07-28T23:48:54.260-07:00Why?Bila mimpi sentiasa ngeri, ke mana lagi ku mengharap fantasi?:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-83523329401427315392013-07-25T12:55:00.001-07:002013-07-25T12:55:09.252-07:00Mimpi?realitiApabila berbicara tentang mimpi
Kita seakan lupa diri

Mengharap sesuatu yang tak pasti

Atau berharap ia berlaku suatu hari nanti?

Tapi, adakah ia mampu dikecapi?

Tanpa sebarang perubahan pada hati?

Duduk termangu tanpa menyedari

Mimpi tidak kan berubah realiti

Jika kau masih meratap kesalahan tak terperi.

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-86023704809393797872013-03-20T10:55:00.001-07:002013-03-20T10:55:20.091-07:00Sebalik.Mereka kata ku tabah

tapi di dalam ku rapuh

ku taruh percaya

sayang mereka dusta

Mereka lihat ku ketawa

hati sayu berteman airmata

Pada siapa ku harus meluah?

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-33232442737782287042013-01-28T10:42:00.001-08:002013-01-28T10:42:12.087-08:00PerihHari terus berlalu

Usia meningkat hidup tak seperti dulu

Biar carca atau celaru

Hati lara tak siapa tahu

Dewasa mengajar seribu cerita

Agar diri tak terus hiba

Malah lebih gagah melangkah

Walau anasir menarik jatuh bersama

Kedewasaan tidak datang percuma

Perlu dibayar pengalaman berbisa

Hingga terluput kenangan bersama

teman setia yang beralih rasa

Ah, perihnya hilang sahabat berduka

Lukanya dalam parah nan berbisa

Sakit tak kebah bukan semalaman cuma

Meninggal parut tanda erti dewasa

Lebih mudah ditinggalkan cinta

Kerana sakitnya sepurnama cuma

Teman yang setia disisi sentiasa

Memupuk semangat hilang tah kemana

Berbanding hilang teman yang setia

entah pada siapa perlu ku berbicara.

RIP Friendship.:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-50112492967513910052012-07-25T00:57:00.001-07:002012-07-25T00:57:24.034-07:00how do you define success?setiap kita terkejar-kejar untuk berjaya

bagi membukti lelah sudah diusaha

bagi membayar jerih mendaki tangga

melunas angan dan mimpi suatu ketika

tapi,

bagaimana mahu tahu kita sudah berjaya?

adakah dengan menjadi tempelan di rancangan entah siapa melihatnya?

atau menulis di lembaran pojok yang jelas membogelkan maruah?

mungkin melestarikan pembelajaran yang ke peringkat tinggi walau diri masih berfikiran jumud penuh dakyah?

atau berada di payungan nama besar luar negara walau sekadar pencacai fungsinya tiada?

entah. kita punya pengertian berbeza mengenainya.

aku?

masih bertatih menongkah badai mencipta bahagia

persetankan senyum sinis mereka

biar. biarkan:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-2950204354460144602012-06-27T18:03:00.001-07:002012-06-27T18:09:10.318-07:00Yang lampauMemori
Hati rasa sayu bila terkenang peristiwa lalu
Jiwa terasa kacau teringat cerita aku dan kamu
Tak terasa jatuh airmata setitik dua
Teringat kisah tawa dan luka bersama

Entah,
Kenapa dikenang peristiwa lalu.

Mungkin
Hari yang dilalu menyesak dada
Hingga tak terluah melalui kata
Membiar angan jauh melangkah
Merentasi masa ceritera lama

Tika hati hanya tahu suka dan duka
Bersama teman yang seia sekata
Bermasam muka atas dasar yang entah apa apa
Atau tika pilu cinta dirobek entah siapa

kau buat ku tersenyum mata berkaca

Hari-hari yang berlalu terasa kejam
Dikelilingi dengan sinar sinar yang kelam
Hanya kenangan buatku riang dari bermuram
Tapi tidakku hidup berpaksi kisah semalam

khas, bff.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-76096334266175138082011-12-30T05:42:00.000-08:002011-12-30T06:00:48.883-08:00Kini masanyaini masanya,
untuk menunai segala cita
yang menjadi angan suatu ketika
yang diimpi sekian lama

masanya kini
untuk membukti kemampuan diri
bukan masanya lagi
beromong kosong membangga diri
hidup dalam bayangan sepi

perlukah aku kecut?
melihat yang lain terus memecut
tinggal diriku ibarat pengecut
jauh kebelakang seperti penakut?

akan ku terus melangkah
cekalkan hati terus menggagah
biar salah jangan kalah
kerna bukan niat untuk menyerlah

tiada iri jauh mendengki
kerna segala ketentuan ilahi
terus mencuba percaya diri
restu ayah doa ibu mengiringi
perjalanan hidup melunas mimpi.

moga diri terus diberkati...:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-25006705149215689362011-09-06T04:06:00.000-07:002011-09-06T04:21:42.289-07:00cintasungguh mulia hatimu
membuatku benci dirimu

agar mudah untuk ku melupa

setiap kata indah suatu ketika

adakah ini yang kau pinta

kerna terbit rasa baharu

dihati entah siapa?

dan mahu aku menerima?

atau adakah di ruang hati

tak tertahan kebencian diri

tak sanggup menerima lagi

segala yang dijanji?

Ya, akan ku terima

segala ketentuan yang ada

kering sudah airmata

yang menitis tanpa dipinta.

Ku begini kerna...

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-19057652081328229202011-08-21T19:48:00.001-07:002011-08-21T19:48:29.103-07:00Sukar ini akan ku tempuhSukar untuk melupa tika hati masih terlalu cinta
Sukar untuk melepas tika rindu pelukan asmara
Sukar mana sekalipun, mungkin ini sudah takdirnya
Suka atau tidak, terimalah kenyataannya.

Mungkin ini terbaik untukmu
Tapi tidak padaku..
Akanku telan walau sepahit hempedu
Menerus langkah, tanpa secebis kasihmu:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-86262105897184465152011-08-21T04:18:00.001-07:002011-08-21T04:18:04.704-07:00Berhenti berharapUntuk kesekian kalinya
Entah kali ke berapa perlu ku ulang
Perlu memberi ruang.

Dulu,
Aku bermain dengan rasa
Bermain dengan hati
Bermain dengan emosi
Sendiri.

Tapi,
Kini kau bermain dengan kesetiaanku
Kau permainkan kejujuranku
Menerima dirimu dan kisahmu
Menelan segala cemburu
Yang berlingkung dikelilingmu

Tidak mengapa
Aku perlu berundur
Memberi kau ruang
Agar hilanglah rimasmu
Agar kau tidak lagi berdusta
Pada siapa siapa.

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-20263722583531843892011-07-19T21:25:00.001-07:002011-07-20T19:12:52.238-07:00Kita sudah besarHari berlalu tanpa disedari
Minggu yang datang
Ditempuh tanpa dipeduli
Tidak sedar pagi atau dinihari

Adakah ini maksudnya,dewasa?

Terduduk terdiam
Meneka hati yang berbalam
Dimana pergi hilangnya tawa
Riangnya hati bergurau senda
Bersama teman dikala suka
Bersama sahabat ketika duka?

Inikah maksudnya, dewasa?

Hari-hari yang berlalu
Membawa pergi bersama keceriaanku
Keriangan bersama teman temanku
Yang Membawa haluan satu persatu

Ada yang pergi kerana ego semata
Ada yang pergi melupakan segala
Ada yang pergi bersama luka
Tapi semuanya terletak pada kita
Memilih struktur jalan cerita

Inikah maksudnya, dewasa?

Ku doakan yang terbaik buat kita
Moga sejahtera hendaknya

Amin.
:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-5381865310646905802011-07-10T22:13:00.001-07:002011-07-10T22:13:43.060-07:00Kau yang memulaAkan ku kata apa yang terlintas
Akan ku luah apa yang tersekat
Biar kau tahu langit terbentang luas
Tiada halangan juga pengikat

Tidak ku kisah kau mengata dan mengeji
Tidak ku tahu mahu menahu
Jika kau lantas berseteru
Kerna kau yang memilih berakhir begitu

Tidak ku kisah kau berfikir apa
Mahu menganggap aku jenis yang apa
Kerna aku akan berterusan begitu
Harap kau menerima, atau pergi berlalu.

Dan akan ku berhenti
Setelah terpancar kebodohanmu sendiri

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-85364669532031414262011-07-08T23:39:00.001-07:002011-07-18T21:24:56.794-07:00Inikah yang kau mahu?Adakah ini yang kalian mahukan
Adakah ini keamanan yang dilaungkan
Atau adakah ini suatu perancangan
Untuk menjana api kebencian.

Jangan kau laung kalimah suci itu
Jangan kau libatkan peganganku
Dalam perjuanganmu yang sia sia
Jangan kau letak agamaku serendah akalmu

Oh, mungkinkah bauan hanyir darah-darah kebencian
Akan ku hidu setiap hari hariku
Dari jasad-jasad yang keliru
Entah apa yang cuba dibuktikan.

Apa salah kami,
Yang tidak berpihak pada kamu dan kamu,
Kamu menuntut hakmu,
Tapi bagaimana pula kepada kami,
Hak kami yang tidak mahu segala kebencian ini?:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-26827940202034925152011-07-07T02:13:00.001-07:002011-07-07T02:30:21.684-07:00CelaruHati dan perasaan sukar diduga.

Sedayanya kita cuba menjadi sempurna
Atau mungkin setidaknya
Mencuba sehabis daya
Semata mata tidak mahu terus diduga

Kita menangis, bila hati diduga
Kita menyalah takdir, bila diduga
Ibaratnya dunia terlalu kejam
Membiarmu bersendirian bersama hati yang gundah
Ibaratnya diri hidup bersendiri, terkulai sepi
Mengharap ia sekadar mainan mimpi

Hati mula meronta, mahu menghenti segala
Yang dimula mahu diakhiri segera
Mahu ditutup pintu hati yang terbuka
Mahu dihenti berdetiknya masa

Apalah ertinya hidup jika tidak ceria
Jika hari hari penuh curiga
Meronta mahu meluah segala
Tapi sayang, pada siapa.

Jangan. Jangan dilontar amarah itu
Jangan di luah terus menoktah
Jangan dihenti berkembangnya bunga
Walau makin layu, serinya tiada.

Katalah pada hati
Jika sudah ditakdiri
Kalau Kasih mahu terus disemi
Biarkan amarah dan benci
Kerana ia akan beransur pergi

Kerana hanya kau pasti mengerti
Betapa kuatnya ikatan yang telah terpatri.:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-568162058423655773.post-88010236445386735582011-05-29T12:56:00.000-07:002011-05-29T13:10:36.920-07:00ah, hati! kau terlalu puitis!lidah kelu, diam membisu
badan membatu, hati membeku

fikiran celaru, mengenang dirimu.

masa terlalu kejam

membuat hati terus terbungkam

terasa sungguh lambat kau berlalu,

menghilangkan kesakitan merindu.

entah apa lagi perlu ku laku

untuk melupanya biar sesaat

namun ku terus buntu

kerna bayangannya terus menjerat.

ah, hati! kau terlalu puitis,

hingga dia terasa lemas,

membuatnya rimas,

kerna kau terlalu cemas.

entah, apa lagi perlu ku laku.

:: hafiz ahmad ::http://www.blogger.com/profile/17269453387585148591noreply@blogger.com0