BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 26, 2009

aku semakin yakin.


cerita 1:
sedang berkumpul bersama keluarga besar, tetiba makcik A bertanya, "pis, betul ke gosip rozita che wan(?) dengan datuk K tu?" aku tersenyum sambil menggeleng kepala, tanda tak tahu. belum sempat aku menjawab, makcik B mencelah,"ah! dia tu mana tau apa-apa, tak guna dia belajar jauh-jauh tapi cerita ni pon tak tahu" huh??? Tercengang. bila masa aku amik subject 'Introduction To Gossips in Malaysia, GOS311' ?

cerita 2: sedang memandu menghantar sepupuku, dia tetibe bertanya, "abang, betul ke siti nurhaliza kena hisap rokok dulu sebelum start menyanyi?", aku terkesima dan memandang wajah 9 tahunnya yang menanti jawapan. "emm" jawap ku, 50-50.



semuanya mengukuhkan lagi yang aku harus mengambil MC221-Bach. of Mass Comm. (Hons) (Journalism), supaya lebih arif dan peka akan isu-isu semasa.

Friday, September 18, 2009

fasa kehidupan

Kepulangan kali ini membuatkan aku terfikir yang kehidupan ku sekarang sudah berubah. Tidak sama lagi dengan 3 tahun kebelakang. Ibuku sudah memakai krim 7 anti penuaan. Kakakku sudah mengumpul emas ibu2. Bapaku bangga menggelar dirinya atuk. Adikku makin petah dan menyakitkan hati.

Ibubapaku tidak lagi membebel menyuruh belajar dan masuk ke university. Kini, mereka kesepian keseorangan menanti kepulangan kami dari perantuan.

Aku dan kawanku tidak lagi berbicara tentang kebencian pada math, fizik, biologi mahupun kimia. Kini masing-masing mengeluh dalam bangga bercerita assignment yang menggunung tak terdaki.

Aku dan sepupuku tidak lagi bersantai, bergosip, bercerita tentang “bagaimana menghapuskan bulu kaki” mahupun “warna apa paling in musim ini”, kini, masing-masing sibuk mengumpul harta; menyewa rumah, membeli kereta tidakpun “susu anak yang paling sesuai untuk anaknya”. Aku terdiam.

Namun, aku? Masih tersekat dengan kenangan semalam. Masih terdesak mencari keseronakkan dunia. Mungkin juga kerana aku berasa belum sedia menerima fasa hidup yang semestinya akan tiba.


Aku takut menjadi dewasa.