BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 16, 2013

Penghargaan

 Tak ingin kehilangan sesiapa lagi. Cukup dan ku perlu sedar untuk menghargai dan menerima ketentuan yang telah termaktub.

Monday, August 12, 2013

Perih 2 : egois.

Sayang bila egoistik dan sifat kebanggaan pada kenikmatan semakin membesar dalam diri. Meluput sisa tawa yang dikongsi semalam. Melenyap janji setia bersama tika kau sedih atau gembira. Menjadi orang pertama mendengar segala kisah, malah tidak meminta balasan, hanya sekadar perhatian. 

Dan kau mengata, serahkan saja pada takdir? Ku keliru dengan tindak dan tandukmu seolah-olah mahu mengelak kesilapan yang jelas terpancar atas kebodohan dan kesilapan diri. Semua disebabkan kerana, egoistik- Perasaan yang menutup kerendahan hati yang ku bangga ada dalam dirimu. Sayang ia perlahan lenyap dan berganti dendam yang kau simpan sekian lama. 

Sahabat, hentilah sandiwara kerana belang sudah terbongkar. Kau mengata itu, tapi ku tahu ia begini. Kami tertawa melihat tiap lagak dan permainanmu.


Dangkal, ya dangkal. Kerana tidak ku sangka imbasan dendammu sekadar menunjukkan kau tidak mampu untuk berkata maaf. Perkataan ringkas namun bisa merungkai jerat yang kau cipta sendiri. 

Sial.

Thursday, August 1, 2013

Belum lagi

Sudah berulang kali ku kata bosan

Mengata terang tanpa kiasan
Hidup tanpa makna, sendirian
Mencuba lagi berlandas pengalaman.

Sayang ku disapa
Ku bosan kerana apa
Mencuba untuk apa
Sedang kau sendiri memilih hidup tanpa
Siapa.

Dikata ku hipokrit semata
Mau mencuba, tanpa sebarang rasa
Menafi hati mekar berbunga

Ku disapa.
Untuk apa mencuba jika menutup hati daripada berkata
Untuk apa mencuba jika tak tahu meletak rasa apa dan bagaimana.

Ya, ku belum bersedia.

Sunday, July 28, 2013

Why?

Bila mimpi sentiasa ngeri, ke mana lagi ku mengharap fantasi?

Thursday, July 25, 2013

Mimpi?realiti

Apabila berbicara tentang mimpi

Kita seakan lupa diri
Mengharap sesuatu yang tak pasti
Atau berharap ia berlaku suatu hari nanti?
Tapi, adakah ia mampu dikecapi?
Tanpa sebarang perubahan pada hati?
Duduk termangu tanpa menyedari
Mimpi tidak kan berubah realiti
Jika kau masih meratap kesalahan tak terperi.

Wednesday, March 20, 2013

Sebalik.

Mereka kata ku tabah
tapi di dalam ku rapuh

ku taruh percaya
sayang mereka dusta

Mereka lihat ku ketawa
hati sayu berteman airmata

Pada siapa ku harus meluah?

Monday, January 28, 2013

Perih

Hari terus berlalu
Usia meningkat hidup tak seperti dulu
Biar carca atau celaru
Hati lara tak siapa tahu

Dewasa mengajar seribu cerita
Agar diri tak terus hiba
Malah lebih gagah melangkah
Walau anasir menarik jatuh bersama

Kedewasaan tidak datang percuma
Perlu dibayar pengalaman berbisa
Hingga terluput kenangan bersama
teman setia yang beralih rasa

Ah, perihnya hilang sahabat berduka
Lukanya dalam parah nan berbisa
Sakit tak kebah bukan semalaman cuma
Meninggal parut tanda erti dewasa

Lebih mudah ditinggalkan cinta
Kerana sakitnya sepurnama cuma
Teman yang setia disisi sentiasa
Memupuk semangat hilang tah kemana

Berbanding hilang teman yang setia
entah pada siapa perlu ku berbicara.

RIP Friendship.