BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

persoalan yang tiada jawapan... mungkin

oleh: mohammad hafiz ahmad

Segalanya bermula sekitar tahun 2005, isu bekalan air berjadual, ataupun DIPUTUSKAN bukan lah satu perkara baru di sandakan, sabah. lebih memburukkan keadaan, bekalan elektrik juga sering terpadam tanpa mengira waktu.

hal ini meresahkan penduduknya terutama pemilik premis-premis kecil yang beroperasi sepenuhnya menggunakan sumber asasi manusia ini. aktiviti seharian para suri rumah juga tertangguh akibat masalah yang umpama tiada penghujungnya ini.

(maaf mencarut)

selama 4 tahun penduduk Sandakan terpaksa menerima hakikat bahawa pada setiap hari Inin dan Khamis, bekalan air AKAN diputuskan terutamanya disekitar penempatan penduduk berpendapatan sederhana, seperti Taman Rajawali, Taman Kenari, Taman Merpati dan sekitarnya. Namun, hali ini tidak menjadi kebingungan kepada penduduk di kawasan-kawasan elit, mungkin kerana purata penduduknya adalah 'Jutawan Segera', agaknya.

apa yang pasti, pihak tertinggi masih berdolak dalih dalam menyelesaikan isu ini kerana mungkin beranggapan kurangnya warga yang lantang membidas, lantas membuat kesimpulan, penduduknya adalah lembu yang patuh menurut kata tuannya tatkala mudah menarik tali pada hidungnya. mungkin juga kerana daerah kedua terbesar di Sabah ini ditakhluki oleh bayang-bayang gelap yang pantas memperkotak-katikkan minda dan sanubari penduduknya dengan memerintah menggunakan undang-undang ciptaan kelompoknya.

persoalannya, sampai bilakah masalah ini akan terus berlaku? adakah ini kerana status 'Dalam Pembangunan', penduduknya terpaksa menelan segala keperitan? Dimanakah dan apakah saluran yang betul dan selayaknya untuk warganya mendapatkan penjelasan yang maha benar?

pihak berpangkat harus bertindak, walau agak lembab, menerangkan keadaan sebenar disebalik konflik yang menjadi permasalahan kepada penduduk-penduduk bertaraf 'kebanyakan' ini. walau sudah terhantuk dan terngadah, sekurang-kurangnya masalah ini tidak terus menjadi duri dalam daging dimasa hadapan.



p/s: aku nak tukar course ke Journalism la.. huhu

Friday, June 26, 2009

backstabber.gossiping.fu*k!

aku dengar, aku dah jadi bahan makian. em, tak tao la betol ke x. tapi, nak kata apa? suka hati korang la. meminjam kata pujangga,"ADA AKU KESAHHH???" cak..cak..cakk.ccaakk..

Quote of the day:

"aku tak perlu melacurkan diri untuk mendapat perhatian"

oppss..

for those yang "suka makan daging kaumnya", neh tuk korang...


makan r diri sendiri.. haha!

penghujungnya, aku yang sakit.


awalnya: kalo dia reply msg, aku delete account.


aku kuatkan semangat, msg dia. motif nak tahu the real story. ditakdirkan dia reply.

seperti dijangka, ini yang berlaku. dia salahkan aku, aku salahkan dia.

menyesal? em, tak kot.. (dalam hati, ye!)

sudahnya,aku juga yang sakit.

pesannya, matangkan diri..(duhh!!)

akhirnya: aku delete account..dengan berat hati.. huhu.


Thursday, June 25, 2009

seminggu lagi!!

semingu lagi,
semuanya akan berakhir.
akan aku manfaatkan setiap masa yang ada untuk chur sepuasnya!

list sebelum keberangkatan:

1) makan coto makassar dan sambal goreng (lagi..)
2) buat cheese cake (caiyo2!)
3) bangun pagi, yes PAGI. 8.00 am. start isnin.
4) pergi pasar minggu..(x kot? huhu)
5) tak makan nasi seminggu (motif???)
6) donload movie,'video', lagu banyak2. (yela, harap wifi kat lendu memangla bjanggut)
7) catwalk for the last time kat harbour-walk
8) wat spegeti (walaopon hari tu xdpat sambutan.. sedih!)
9) keluar ramai2 naik kereta cik zaidah. (mimpilah.. haha)
10) jumpa 'banker'.. ah! rindu.. tp nak bagi alasan pe ea?
11) daki bukit sim-sim. tipu.
12) finally, nak jumpa DIA! dah 3 tahon kowt!! A dah jumpa, cam pant*t!

rasa taknak jek balek sane. yela, keadaan dah x same.. sedih.. :(

Sunday, June 21, 2009

ogiring put-put*

kesepian.
ceritera penuh kepropaan.
(sebuah karya agung, yang tidak dimasukkan dalam silibus Kompenan Sastera, KOMSAS ting.2)

watak 1: ibu manuk
perwatakan: telah bercengkerama selama 6 bulan. telah melebihi fasa matang katanya. sangat bangga akan transformasi dirinya. menjadi kupu-kupu malam setelah kondipen akan bentuknya yg baru.

watak 2: ummi manuk
perwatakan: telah men-register-kan diri sejak zaman gonjengnya. penoh pengalaman statementnya. kini beralih rasa ke tempat baru, yang lebih besar pasarannya. sebut saja namanya, pasti bergetar lutut kupu-kupu yang mendengarnya.

watak 3: manuk sendu.
perwatakan: indah ciptaan namun pemilih gamaknya. tipu. bermulut deras pada setiap insan dijumpa. manuk lindungan kaabah, sesuci lebaran, tak pernah berdua.

sinopsis.
.....manuk sendu mengadu nasib kepada ibu dan umminya, kenapa dirinya tidak sebertuah mereka, yang diibaratkan 'ku petik jari, 23 orang buta datang melutut'. sedih sungguh si manuk sendu. bertitahlah ummi dan ibu manuk memberi kata perangsang penuh motivasi kepada si manuk sendu.

ibu manuk: pesan ibu, janganlah bermulut deras tika bertemu buaya. berkelakuan lah sopan penuh kepropoaan tika bersuara.sikapmu yang over harus dibendung untuk memberikan impressi yang baik pada mereka.

ummi manuk: janganlah memilih, kerana setiap manuk didunia ada cacatnya, tiada yang perfecto. lihatnya ummi, buaya tua tak potong pon ummi rembat. asal berdua wahai manuk sendu.

manuk sendu: baiklah.

ummi manuk: ingat, amalkan petua sihir ini jika melangkah keluar dari rumah;


anak mataku si fatimah'
anak mataku, bla bla bla bla..
!@@#$ $$$ @%^&$#@ (*&&^
*&&&^ ^^&***% ((*&&
(petikan terpaksa ditapis)

ibu manuk: ibu pon ada sihir jugak. di import khas dari hutan belukar pedalaman Pahang. amalkan sebelum tidur ya.
peliuk pelintuk aku memakaimu,
sekalian menunduk bla bla,
!@#$ $%^&* &^%%$#&
%^&* (*&&^^$
(petikan terpaksa ditapis)

manuk sendu: baiklah. tapi, perlukah memuja benda yang tak pasti sedangkan melupa yang patut disembah?

ibu&ummi: kau ni kenapa?

pengajaran: lu pikirlah la sendiri, manuk!


*ogiring put-put: sila tanya ibu dan ummi manuk kerana mereka lebih arif.

Sunday, June 14, 2009

pert(J)emuan. unexpected. gonjengan.

hari ni kononnya ktorng wat reunion for form6. tp sygnya yg datang..nan ado! x ramai. memang dah djangka. mungkin bukan dr group aku yg in charge, so agak carca-marba disitu. hahaha. lepas bincang punya bincang, harus ada satu event yg betul2 bolh dkategorikan sebagai the truly reunion. so, ktorng decide nak pegi poring. and i'll be the organizer. huhu. tarikh cadangan: 20 jun. i've 1 week to cantact my fren.. ala, dari fs sudehh.. hahah.

3 jam from sandakan. kena naik bus. dekat ngan kinabalu park.


dalam reunion yg x seberapa tuh, aku terjumpa la ngan kawan2ku yg lama x jumpa. unexpected! hari ini kira HARI BERTEMU KAWAN la kiranya. mereka diketegorikan seperti berikut:

prenzo #1
lokasi: pasir putih, sandakan.
masa: 11.30 pg
dijumpa: malik(ari2 jumpa) liza, lai, pet, max, aziz, syarazad, azlan, wan n nasran.
tak jumpa: since last sem. duh!
tahap kenal: classmate form lower 6.
reaksi: 2-3/5
sebab: em. biasa jek kot. cz cuti sem jek, kitorng LOVE wat reunion. haha. g pon most of them still contact kat fs.

kat mixcool,bt 4.
(Left: dunno, pet, liza, lai. (by: malik.haha)
)

prenzo #2
lokasi: k-box,bt4.
masa: 2.00-3.00 ptg
dijumpa: hazil, nadzirah, mieng n ida.
tak jumpa: since 2007/2008.
tahap kenal: classmate form 4/5
reaksi: 4/5 (sangat terkejut!)
sebab: time lower 6 still jumpa lg, except hazil. tapi pas masuk dip, terus hilang tah kemana.

haha. pic tyme form 5. yes! aku penah kuros.
(left: atma, nadzirah, keeb, hazil, dunno
)

gonjengan 1: 5sc1 '05. bestnya kalo dpt jumpa korng sume balek.

prenzo #3
lokasi: kompleks sukan, sandakan.
masa:5.00 ptg
dijumpa: ismarwati isgau
tak jumpa: since 2003!
tahap kenal: classmate form 1-3
reaksi: 6.5/5 (giler punya terkejut!)
sebab: kitorang time form 4 dipindahkan (dihalau, ayat yg betul) oleh pengetua, puan kalsom. coz sekolah ktorang still baru n xde class sains. group aku sume dah bpecah, termasuklah isma, yang ambil keputusan sambong study kt sek teknik. kat mane tah. pastu dia sambong lak ke politeknik. so memang tak jumpa dia dalam masa 2004-2009 !! can u imagine jumpa dia skarang! nk menangis pon ada. ceh!

pic tyme form 3. ya, paling kiri itu adalah EDWIN RICHARD! hhaaha
(left: edwink, dayang, isma, zai n es.)


gonjengan 2: form 3. x tao event apa tyme pic neh diambil. 6 tahon lalu kowt!. huhu
(maaf, gambar ini senget, kerana tersalah scan oleh cik zaidah, huhu)


sumbangan gambar2:
#1: en. ridwan. (tp actually dr camera aku. huhu)
#2: cik zaidah. (camera aku jugak. haha)
#3: http://www.mount-kinabalu-borneo.com/poring.html





Saturday, June 13, 2009

kisah temanku.

kawan aku ingin berubah. berubah menjadi insan yang baik katanya. meninggalkan dirinya yang lalu, diibarat seperti pungguk merindu sang rembulan. "jika kita bertemu nanti, kau pasti akan terkejut" bisiknya. aku bangga pada dirinya.

namun, rupanya, perubahan dirinya bermakna berakhirnya ikatan yang kami semai. ingin memulakan hidup baru, yakinnya. dengan menukar talian perhubungan kami. entahlah, apa yang dia cuba buktikan. buktikan pada dunia yang dia kuat,gamaknya. buktikan yang dirinya "kamu tak boleh hidup tanpaku". entahlah.

mungkin dia terlupa yang dirinya tak mungkin dapat menghapuskan, menanggalkan, menghakis satu perkara iaitu, kenangan.

selamat berjaya temanku. aku gembira setiap detik kita bersama.

re-post: Kawan. Sahabat. Teman.


sengaja aku meletakkan posting lamaku dari blog terdahulu. aku berada dalam situasi yang mungkin aku sendiri merekanya, dipinggirkan? dilupakan? diabaikan? hurm, tak tao la. yes, i cant live wthout them.

Kawan. Sahabat. Teman.

Ketiga-tiga rangkaian persahabatan ini membawa pengertian yang berbeza kepada saya. Ketiga-tiganya memberi impak yang berbeza dalam perhubungan seharian kita. Definisi di bawah adalah mengikut persepsi saya yang tidak boleh di guna pakai dalam akademik.


KAWAN. golongan yang berada dalam persekitaran seharian kita. Cth:kawan sekelas.perhubungan kita dengan mereka hanyalah sekadar urusan tertentu sahaja seperti membayar yuran kelas, mengutip duit Photostat dll. Kita tidak tahu (mungkin tak ambil peduli) mengapa kawan kita secara tiba-tiba bertukar imej, kerana pada kita, dia tak tersenarai pun dalam activ10 kita.


SAHABAT. Golongan yang berada dalam hidup anda 24/7. Perhubungan anda bukan sekadar ATM bergerak tapi juga mengetahui siapakah bekas-bekas (menunjukkan ramai) boyfriend; jua girlfriend anda. Merekalah yang mendengar dengan empathy setiap permasalahan anda. Golongan ini jugalah yang akan menjadi pakar motivasi dikala sahabatnya secara tiba-tiba merokok (*culture shock) mahupun ditipu kekasih (yang berkasih dengan anda). Kadangkala (mungkin setiap masa), bilik mereka akan menjadi wardrobe utama anda kerana golongan ini memegang prinsip, barangmu barangku jua. Kelompok inilah yang sering berada dalam top friends myspace dan memberi komen setiap gambar-gambar anda (walau kadangkala ter(Di)paksa melakukannya). Dengan sahabat jualah anda akan menjadi pengkritik bebas terhadap fesyen, imej kawan anda yang ‘over the top’. (*fashion victim) dan kebiasannya golongan ini mempunyai nama kumpulan tersendiri yang melambangkan merekalah manusia terkenal didunia ini.(*SS)


TEMAN. Golongan ini yang pada saya boleh di samakan dengan kekasih. Ianya pada mulanya berasal daripada SAHABAT, namun kerana caring yang berlebihan, menyebabkan timbulnya rasa sayang dan cinta di kalangan mereka. Tetapi, terdapat juga kes yang perhubungan ini dimulakan dengan KAWAN. ia biasanya terjadi melalui perkenalan dalam laman-laman sesawang(spt: sayangDsayang). Namun mengikut pengalaman lampau, perhubungan ini hanya bertahan selama 4-6 minggu sahaja.


Anda yang mana satu?

*culture shock: kejutan budaya yang berlaku akibat persekitaran dan kehendak diri yang memendam rasa selama ini.

*fashion victim: berlaku kepada mereka yang merasakan mereka kelihatan cantik memakai baju merah seluar hijau. Golongan ini harus di puji kerana mempunyai keyakinan diri yang maha tinggi.

*SS: syok sendiri.


Friday, June 12, 2009

100 hari.

yes, tahu. cite kat astro ria, 100 harijadi. sgt sweet walopon a bit cliche. im not going to be a mansor puteh, but cite dia wat aku terfikir dan ofcoz, berangan. seperti biasa.

kalau korang diberi peluang untuk ulang perkara sama, hari yang sama, korang nak masa bila?

biar kau jawab, (coz aku tao xde sape yg nk bace blog aku ni..hahah). aku nak ulang peristiwa 2 hari lepas, yang buatkan aku giler2 down sampai la sekarang..

ok jom mula!

before:

terbangun pukul 8.30 pagi. turun bawah. adik aku ngah tengok CERIA sorang-sorang. bagi dia sarapan, mandi. and sambung tidur. pukul 10.30 terbangun lg,bukak handphone. dia msg, suruh 12.30 dtg. kunci jam pukul 1.30 ptg. bangun 2.00 bukak hp, msg edwink n malique, nak join ke tak? edwink x join. DIA msg, suruh dtg pukul 3 la pulak. so ade masa nk tidur lg. pkul 4 gerak dr ruma ngan malique. tp game dah abis, Dia marah. xsampai 5 minit jumpa, tetibe 'kawan' dia call,"coach suh naik skarang, ada meeting." em ok. bye. nice to know u. end.

start detik tu, aku giler2 down.. hilang dah self-confidence yg madam shila ajar, subjek PR. "kondipen kena ada pada setiap PR" dia kate. hari tu, sume yg aku wat xkena. sampai la detik ni. so,

KALAU LA...


hari pertama

aku akan bangun pagi, pukul 7. bukak handphone. coz dia akan msg aku pukul 8, tny dah bangun lom (such a stupid question!). pastu, aku akan msg edwink n malique ajak dorang klua pukul 11 pg. coz aku tao edwink kononnya nk temankan mak die pegi shpping pukul 4 ptg. pastu, masak bubur, coz aku tao, adik aku akan mengada2 nak makan bubur, padahal mak aku dah masak mee. kemas umah siap-siap. tggu msg dia. and keluar. jumpa dia pukul 12.30, sempat tgok dia main hoki and happy ending.. heheh.

hari kedua.

aku akan masak bubur siap2 dr smalam lg, spy aku bleh tido lama. pukul 2.30 bangun. mandi sama2 ngan adik aku. msg malique jek. suh siap2, cz kol 4 ade mission nk dselesaikan. nk sampai baru bukak hp, so x bazir kedit berbalas2 msg tyme ngah driving. berbahaya tao x??!! jumpe dia, x ckap lgsung. tggu kwan dia call. and cakap : "tolong sampaikan salam kat kawan awak tu, kate kat die, tu trick lama la! bye n we are over!"

hari ketiga.

knci jam pkul 10.30pg, bangun, dapat msg dari dia n reply : "sorry, wrong number la, saya dah kawin. jgn ganggu sy lg!" hahaha

hurm. mesti sgt besh kan! haha. yg pnting sume yg berlaku tu pasti ada hikmahnya. mcam tagline cite kat aruna jek. hahaha



Wednesday, June 10, 2009

sanggopkah aku??

"Difahamkan setakat ini RTM sudah merancang mewujudkan TV Sarawak, TV Sabah dan TV Johor. Ini diikuti TV khas wilayah Utara, Timur dan Tengah yang berdasarkan format stesen radio tempatan RTM.

Menerusi projek itu, lebih 53,000 peluang kerja bakal ditawarkan terutama berkaitan kandungan siaran. Ini bagi mengisi lebih 175,000 jam siaran setahun meliputi berita, dokumentari, drama, hiburan dan sebagainya."

(7 Jun 2009; Kita bakal 'mabuk' TV; AMREE AHMAD;kosmo!)

Malaysia bakal menjadi seperti USA yg mempunyai tv station-nya yg tersendiri di setiap negeri. mungkin aku harus merendahkan diriku agar selari dengan kehendak pasaran? haha.


Tuesday, June 9, 2009

the nature city

setiap tempat mempunyai keistimewaan dan keindahan yang tersendiri. mungkin ia xlah segah Beverly Hills mahupun seromantik Vanice, tapi tanpa kita sedari, benda yang kita nampak buruk dan x bernilai itulah sesuatu yang sukar untuk dimiliki. aku cuba meyakinkan diri, yang Sandakan juga ada semua itu. aku potretkan melalui kepingan gambar yang aku dan my prenzo ambil tyme chur last week.

developing sandakan.
sebahagian Sandakan harbour yg belum siap.


kat sini semua hasil laut akan dikumpul. (kawasan tambak!)


ni pula jeti yg jadi teksi pada penduduk yang tinggal kat pulau-pulau kecil berhampiran.
ala2 macam cite bujang lapok tu, hint: pendekar mustar.



nama pon nature city, sah2 lah burung berterbangan sesuatu yang biasa dilihat.
tapi CONFIRM XDE tahi burung berjuritan* occay. ulang suara CONFIRM XDE!





*berjuritan: berselerak; bertaburan

thanx to: mr photoshop!

Disinilah tembuniku ditanam

Aku ingat lagi, masa interview for dip masscomm kt uitm kk ( bulan puasa-sampai-8jam dlm bas-sampai hotel on 6pm-interview on 7am-going back to sandakan pkul 1pm-esok p sekolah), interviewer tanya,”kalau anda diberi peluang untuk menerbitkan sebuah tv show, apa yang akan anda lakukan?” (ofcoz the question all in english). Dengan ‘penipu’nya aku jawab, “kalau saya diberi peluang sedemikian, saya akan menerbitkan tv show yg mempromosikan Sabah, terutamanya Sandakan kerana terlalu sedikit rancangan seperti ini yang merangkumi seluruh aspek keunikan yg Sabah miliki” hahaha, betul, skrip langsung x diubah sama seperti 3 tahon lalu.

Aku rasa aku perlu melakukan ‘sesuatu’ kearah ‘impian palsu’ ku itu. Rasa macam tanggungjawab pulak untuk aku memperkenalkan tempat tembuni*ku yg selamat ditanam 21 tahun yg lalu. Tanggungjawab untuk membetulkan stigma sebahagian (mungkin keseluruhan) manusia cetek ilmu geografinya.


sebahagian daripada Sandakan
(credit: http://static.panoramio.com/photos/original/1337477.jpg)

Sandakan bukanlah sepenuhnya dikelilingi hutan. Kami masih menggunakan jalan raya berturap yang akan terkandas setiap pukul 6.30-8.00 pagi dan 4.30-6.00 petang. Kami masih lagi sempat merasa nikmatnya KFC yang ada 4 cawangannya (Bandar, bt4, Giant, dan bt 8). Dan kami juga masih boleh bertukar pendrive yg penuh dengan cerita Gossip girls, di download menggunakan wireless yang ada dimana2 restoran, kedai makan mahupun dirumah sahaja.

Ya, mungkin kebanyakan (
tapi tidak semua) dari Sandakian yang tahu apa itu Gucci, LV mahupun secikai Padini, tapi masih boleh kelihatan makcik-makcik bertudung bawal ikin-mawi menjinjing beg-beg tersebut sambil bershopping memilih ikan,udang,sotong, ketam, kepah (bukan ydp blok n.) mahupun lobster yang bertaburan tersedia untuk diratah penuh jemu oleh anak jatinya.

Sandakan dalam usaha membangunkan dirinya untuk menjadi Bandaraya yang maju, selagi tunggak pemerintahannya disandang oleh anak kelahirannya. Disana-sini pembangunan dijalankan. Terbaru yang baru siap separuhnya, Sandakan Harbour menggunakan konsep ‘tambak&bina’ seperti yang diamalkan oleh Singapore, bakal ranap dalam beberapa tahun. Dikatakan, akan dibina sebuah hotel yang bernilai 1 billion RINGGIT MALAYSIA, dimana telah menghapuskan zaman kegemilngan Bandar BDC (borneo development centre) yang tak seindah namanya. Huhu.

Jelas, Sandakan dalam usahanya meletakkan dirinya setanding Kota Kinabalu, juga melayakkan dirinya sebagai penghuni carta korupsi yang maha tinggi. (
Aku xnak tulis lebih2, kang ade plak masuk ISA. huhu) Selamat Maju jaya Bandarku!

*tembuni: tali pusat bayi


Nak tahu lagi.. just click the link below:

http://www.cuti.com.my/Sub/Sabah/guide_sandakan.htm
http://www.lexphoto.co.uk/malaysiascrapbook.htm
http://limadang.com/2008/02/20/sabahan-datuk-houses-vs-the-people/
http://naspazi.multiply.com/journal/item/337/ANTARA_CM_DAN_MC_SIAPA_BRUTUS_SIAPA_JULIUS_-_Deep_Throat_Sabah

Friday, June 5, 2009

Bengang+bangang=BENGAP!!

Memang sangat sakit gila hati aku harini. Bengkak bernanah sume la. Memang bangang campiang bingai la makhluk tuhan yang format laptop aku ni! BUDUH!

Camni kronologi die, laptop aku rosak last day aku kat lendu, kat airport duk cam org giler xwat pape sebab..laptop rosak. Sampai jek kat umah, dengan penuh keyakinannya aku pon antarla laptop pusaka aku ni kat MULTIPLUS SDN BHD kat belakang pakwell sebaris ngan butik yg slalu aku window shopping time form 5. Bapa aku suruh sape tah kawan die, murah katanya. Tapi aku xnak disebabkan beberapa dalil,antaranya:

1) Sebab dah penah anta laptop aku kat sini. Last sem. Masalah yang sama.
2) Sebab takut kantoi kerna terlalu banyak simpanan ’batin’ku dalam laptop.. xlah byak.. em 5 jek kowt..hahha
3) Tak yakin ngan syarikat persendirian neh.. yelah, kang xpasal2 satu laptop dier format. (sinikal).

So, aku secara kondipen pon bgla kat kedai neh.. kiranya kalo kat Sandakan neh, kedai ni (or should called as SYARIKAT..duuhh!) diorangla yg paling well-known. Aku bg kat cashier die yg speaking nak London berdialek bugis.. ceh! Aku siap bagitao lagi kat dia,

“yang paling penting backup file kat desktop. Ko nak wat ape skalipon kat laptop usang ni, buatla. X kesah. Yang penting ko backup file kat desktop. Coz kat situ berlambak benda2 penting dalam idop aku, tao” aku beranak wayang.(skrip tpaksa diubah agar sume lapisan masyarakat memahaminya..)

Die anggok jek. Emm, kalo kat Malaysia neh, rasanya anggukan(non-verbal comm) boleh dikira sebagai FAHAM, SETUJU,MENG-YES! Etc. dengan senang ati aku kluar.

Tunggu punya tunggu, hari ni (5 jun 2009) aku antar 22 May 2009, 3 minggu! Baru arineh laptop aku siap. Tu pon kalo aku x call, kiamat kot baru siap. So, aku check la kejap. Charger bateri dier lak rosak, so xdpat check kat kedai tu. Cashier dia meyakinkan aku yg sume file dah selamat di backup. Pulang jek kat umah, YANG ADO!!! Dier backup mydocument jek. My destop?? Hangsuang!!! Menyirap aku, teros call balik. Laki cina yang angkat. Die kate org yg format aku tuh ngah CUTI. So nanti ESOK dia call balek.

Pastu, pukul 7.22pm cashier pompuan tu call, dia suroh aku DOUBLE CHECK (?)kat mane folder, manetao ade. (aik? Aku plak yg die slahkan..) . pastu die kate orang yang format laptop aku tuh DAH RESIGN!! Volley??? Vantat x vantat?? Bhabi x bhabi??? So aku katala, cane? Boleh dapat balik x? die jawab: “x confirm” eh! Camtu lak dia jawab! Sangat B.A.B.I.!.

Mane lah darah aku x tinggi arineh, dah lah makan daging lunch tadi, bertambah2 lah tinggi darah aku. Rasa nak SAMAN jek kedai bangang tu! Rasanya boleh kowt, mengikut akta pengguna (adeke?). Tapi apakan daya, aku kat land below the wind, sapa nak dengar aku merepek? Angin??

Rasa nak menangis jek bila ingat file2 tu sume. Bukan video2 batin tu, sume tu boleh dapat dari titel..haha. Tapi yang pedih sangat folder2 gambar aku ngan kenkawan. Tuh yang teramat la PENTING!

So, wahai sandakian, janganlah p kedai tu lagi. Kalo nak backup ke ape ke, please2 talk to the technician bukan cashier bodoh die! Diorang hnya tao angkat call, main MIRC (so lame!), tulis2 resit dan say thank you and please come again. Diorang xtao haram pon pasal komputer2 neh sume. Konklusinya, aku menyalahkan CASHIER BODOH tuh yang sebabkan sume neh terjadi!! BANGANG!! BENGAP!!

dah la SANGAT MAHAL, backup+format=rm60! walopon aku neh xla arif pasal komputer, tp aku rasa harga dia sangatla mahal. kat abang dimensi lg murah (kowt..)

Thursday, June 4, 2009

bila aku mula merepek

cuti sem dah start..
so masa untuk berblogging..

tunggu repekan aku.
:P