BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 21, 2009

ogiring put-put*

kesepian.
ceritera penuh kepropaan.
(sebuah karya agung, yang tidak dimasukkan dalam silibus Kompenan Sastera, KOMSAS ting.2)

watak 1: ibu manuk
perwatakan: telah bercengkerama selama 6 bulan. telah melebihi fasa matang katanya. sangat bangga akan transformasi dirinya. menjadi kupu-kupu malam setelah kondipen akan bentuknya yg baru.

watak 2: ummi manuk
perwatakan: telah men-register-kan diri sejak zaman gonjengnya. penoh pengalaman statementnya. kini beralih rasa ke tempat baru, yang lebih besar pasarannya. sebut saja namanya, pasti bergetar lutut kupu-kupu yang mendengarnya.

watak 3: manuk sendu.
perwatakan: indah ciptaan namun pemilih gamaknya. tipu. bermulut deras pada setiap insan dijumpa. manuk lindungan kaabah, sesuci lebaran, tak pernah berdua.

sinopsis.
.....manuk sendu mengadu nasib kepada ibu dan umminya, kenapa dirinya tidak sebertuah mereka, yang diibaratkan 'ku petik jari, 23 orang buta datang melutut'. sedih sungguh si manuk sendu. bertitahlah ummi dan ibu manuk memberi kata perangsang penuh motivasi kepada si manuk sendu.

ibu manuk: pesan ibu, janganlah bermulut deras tika bertemu buaya. berkelakuan lah sopan penuh kepropoaan tika bersuara.sikapmu yang over harus dibendung untuk memberikan impressi yang baik pada mereka.

ummi manuk: janganlah memilih, kerana setiap manuk didunia ada cacatnya, tiada yang perfecto. lihatnya ummi, buaya tua tak potong pon ummi rembat. asal berdua wahai manuk sendu.

manuk sendu: baiklah.

ummi manuk: ingat, amalkan petua sihir ini jika melangkah keluar dari rumah;


anak mataku si fatimah'
anak mataku, bla bla bla bla..
!@@#$ $$$ @%^&$#@ (*&&^
*&&&^ ^^&***% ((*&&
(petikan terpaksa ditapis)

ibu manuk: ibu pon ada sihir jugak. di import khas dari hutan belukar pedalaman Pahang. amalkan sebelum tidur ya.
peliuk pelintuk aku memakaimu,
sekalian menunduk bla bla,
!@#$ $%^&* &^%%$#&
%^&* (*&&^^$
(petikan terpaksa ditapis)

manuk sendu: baiklah. tapi, perlukah memuja benda yang tak pasti sedangkan melupa yang patut disembah?

ibu&ummi: kau ni kenapa?

pengajaran: lu pikirlah la sendiri, manuk!


*ogiring put-put: sila tanya ibu dan ummi manuk kerana mereka lebih arif.

1 comments:

Izd Jaafar said...

wakakaka!

ko bodo ek?

wakaka har la manuk sendu si beker!

wakakak!