BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 20, 2015

Sekali lagi

Ahh sukarnya menduga hati

Tersalah erti sakit sendiri
Tapi caramu seperti mahu memberi
Bisik peluk tawamu seakan seerti
Seperti kasih kita sudah bersemi

Sayang oh sayang
Rupanya ku bersangka sendiri
Menulis bait cinta fantasi
Berutus kasih berkongsi emosi
Yang ku karang tika kita dalam mimpi.

Oh terjadi sekali lagi
Cepat bangun sedarlah diri
Benang kau kait menusuk ke hati
Menikam-nikam sampai kau jadi sepi
F.

Tuesday, August 11, 2015

Entah bila lagi

Semakin hilang kata semakin hilang rasa

Tapi hati perlu tahan jangan sampai terkesan
Hilang segala mimpi lelah mahu berlari
Mengejar impi yang satu biar mereka membisu

Mungkin hati makin kering kerana jiwa telah kontang
Dengan taburan kata rindu yang menggamit kalbu
Lena dalam dakap bangkit saling melengkap
Disulam kata benci cemburunya membabi
Hujung tetap kembali kerana senyum mu adalah pelali
Setia berjanji tak kan pergi
Mencari harum dari sebatang kuntum
Kerana percaya aku belahan jiwa
Yang kau toreh sedalam yang boleh.

Tapi, sayang.
Kau hanya imaginasi
Yang ku tagih dalam mimpi
Yang tak muncul jadi realiti
Entah bila lagi.