BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 31, 2009

26 disember 2006,
detik dimana bermulanya kisah diriku bermandikan hujan emas, dibanjiri permata di tanah orang. mungkin tempoh 3 tahun belum boleh membuatkan aku matang mengenal erti payahnya hidup, namun bagi aku ia cukup untuk aku menilai pedih dan manisnya kehidupan.

melihat rakan-rakan yang baru menapak mencari landasan kukuh, membuatkan aku tersenyum sendiri. rupanya begitulah aku 3 tahun yang lepas. sedaya upaya berpura-pura menjadi tabah di luar, walhal rapuh di dalam.

membenci senior?
sudahku lakukan. berbakul-bakul sumpahan aku seranahkan.
hakka kelakar?
sudah ku amalkan. walhal masih janggal mengangkang sewenang-wenangnya.
aktiviti blog/fakulti yang bodoh?
sudah ku turut semuanya. walau hati bernanah membengkak.
membotakkan diri?
sudah ku lakukan. walau diri tak mungkin bernazarkannya.


tanyalah miss rossalynn
, yang kejemuan membaca makian ku di dalam jurnal harian.
tanyalah nua & fitri, yang pernah memarahiku dan berceramah panjang selepas AGM part 1 ku.
tanyalah mulutku, yang kejang terpaksa mengukir senyum pada senior2 ku.


namun,

lepas difikirkan kembali, betapa semua ini membuatkan aku lebih kuat dan kuat. aku boleh berhadapan dengan semua lapisan(?). lantang bertempat dikala suara diperlukan.
lepas ku kenangkan kembali, semua ini merupakan kenangan yang tak dapat aku lupakan. kenangan paling manis yang tak semua orang dapat merasa.

melihat juniorku, oh! terasa tua menyebutnya, melakukan benda 3 tahun lepas yang aku lakukan, membuatkan aku tersenyum bangga, aku sudah melaluinya.


sabarlah wahai adik-adik ku, masa mu akan sampai jua. dan bila kau di tempatku, pasti kalian tergelak sendirian betapa bodohnya diri bermati-matian menyumpah seranah di dalam blog,diari mahupun jurnal, menulis akan ketidakpuashati atas semuanya. hanya dirimu sahaja tahu apa itu hidup. hanya dirimu.

simpan semua cacian mu ini, dan buka kembali di semester akhir, paling akhir dirimu mampu pergi. pasni ada benih-benih aimata jatuh di anak matamu. haha. percayalah, kerna aku sudah melakukannya.
ya, aku terasa 'pandai'.





1 dingdong: kami la manusia terhebat! (dahulu)

Monday, July 20, 2009

telenovela ep 1

last week memang minggu yg sangat mencabar keimanan buat aku. 2 mimpi ngeri yang memang sangat tak disangka.

nightmare 1:

dikisahkan ada kuasa cuba menguasai dunia. cuba memegang takhta dengan menyebarkan dakyah2 puitisnya. tersungkurlah mereka yang selama ini menjadi cleopatra di dunianya. ajaib sungguh mantera kuasa baru itu. sehingga melupakan rakan kongsinya yang lampau. hibalah si rakan kongsi, terasa tepedaya dengan kata-kata semanis epal merah, namun beracun lagaknya. ya, salju putih. itu namanya. selamat berjaya wahai salju putih. moga misimu tercapai jua.

nightmare 2:

imagine. orang yang paling taknak korang jumpe, tetibe duduk serumah ngan korang, n makan semeja ngan korang. the best part is, pretending dont noe each other. sangat besh. paling best.. langsong x tgok muke.haha. betul, kawan2 kate aku love feeling sorang2. ok, wat bodow!

penyelesaian

nightmare 1:

si rakan kongsi akan meneruskan harinya walao tiap hari memakai plastik padini. akan meneruskan perjuangan walao tahu diri punya TIADA penyokong. tidak mengapa. si rakan kongsi harus memegang kata2 puitis mama juwie, dalam ramai yang menyintai pasti ada yang membenci. haha.

nightmare 2:

sudah2 la. jangan pedulikan kupu2 yang baru keluar dari kepompongnya. biarla dia dengan caranya. dan ingat pesan huzz, setiap yang berlaku pasti ada karmanya. haha.tipu.

selamat berjaya buat semua.

Saturday, July 11, 2009

khalifah baru

8 Julai 2009, secara sah-nya aku menjadi seorang pakcik. aku tao lepas ni tanggungjawab aku makin besar. banyak yang perlu aku fikirkan. hahaha. over. baru hari ni aku dapat tengok foto dia. dari fs kakak aku.

Ahmad Danish Syafie,
-maafkan uncle (awkward!) selalu menjadi orang terakhir mendapat berita terkini tentang dirimu.
-maaf sebab tak datang masa dirimu dirai di majlis berlenggang*,
-maaf tak dapat bersama merasai kegembiraan menyambut kehadiranmu.
-maaf tak dapat melihat dirimu membesar dengan indahnya.


Ahmad Jr,
jadilah seperti paktua dan maktua mu, yang kuat pada pegangannya.
jadilah seperti ibubapamu, yang teguh imannya.
jadilah seperti bibik ina (haha), yang pandai berdikari.
jadilah seperti mang ajid mu, yang bijak lagi soleh.
jadilah seperti bibik ain(so sweet), yang petah lagi telatah.


jangan jadi seperti uncle,
yang masih terumbang-ambing mencari ertinya hidup.


(Ahmad Danish Syafie bin Ruslie, nak balik rumah!!!)

*berlenggang: majlis berurut seluruh badan bagi wanita sarat mengandung 7 bulan. rasanye la.. huhu

Friday, July 10, 2009

melakar pelangi

(hidup adalah memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyaknya)


Laskar pelangi, karya Andrea Hirata difilemkan oleh Riri Riza, yang menjadi fenomena negara jiran lewat tahun lalu, membuatkan aku beria2 mencari sumber semata2 nak tgok cite neh.


Lepas berkurun lamanya, aku tgok semalam. Memang best. Sinematografi yang sangat indah. Susunan lagu yang baik. Penceritaan orang dewasa dimainkan oleh kanak2 kecil. Slumdog millionaire? Emm, lebeh kuranglah. Tp dalam bajet yang rendah sikit tanpa lagu yg meleret2 la.

habis je filem neh, aku menarik nafas sedalamnya. Terus aku teringat kawan2 aku dulu. Yang mengalami masalah yg sama dengan kanak2 di SD MUHAMMADIAH ni. ‘kemiskinan menjadi penghalang kepada segalanya”

Mereka(my friend la) memang dilahirkan bijak secara semulajadi. Tak perlu menghafal buku setebal-tebalnya. Tak perlu mengulangkaji sampai dinihari, kerana mereka dikurniakan minda yang cerdas oleh-Nya. Tapi malangnya, kesempitan keluarga menyebabkan ada diantara mereka terpaksa berhenti sekolah. Bukan niat mereka untuk tidak cuba mengubah nasib diri, namun keadaan memaksa.

Bukan setakat dana yang kurang, ketiadaan kad pengenalan diri yang sah juga jadi penghalang. yUp, semua ni masih berlaku di tempat aku. Walaupun pada hakikatnya, mereka memang dilahirkan sebagai warganegara, namun tiada dokumen yang sahih bagi membuktikannya.
Kalaulah aku punya kuasa, sedaya upaya aku tolong diorang.

“Kejarlah pelangimu sejauh yang mungkin, yudi”

Friday, July 3, 2009

bakal bersawang.

sebelum balik, beli bekalan di hari mendatang. prinsipnya, kena beli kat sini, kalo beli kat lendu, sah2 la kena guna duit sendiri kan.. haha.. bijak2.

(terpaksa berjimat. dah kena sound dah.. huhu)


nak mula dah drama, telenovela, sitkom musim terbaru. bit excited but sedih gak. last sem kan. huhu. gonna miss lendu! lepas ni, semua fb ke, fs, ms even blog neh pon bakal lah bersawang. ada wi-fi, tp haram laju macam siput 'ngoing-ngoing'.

(bakal la bersawang. hanya bergerak maju bile bercuti shj.. hahah)

apakah yang bakal berlaku? adakah mungkin berlakunya perampasan kuasa? pembunuhan bersiri? nantikan hingga ke penghujungnya.. duhh~~

gud luck kawan2!

Thursday, July 2, 2009

tribute: PRENZO

walaopun x jumpa sume, tapi atleast dapat hangout ngan yg ada pon cukup besh. tapi yela, diri dah makin matang, maka terjadinya sedikit tembok pemisah dalam pergaulan. gituh!


(wimsi: ditangkap oleh si baju biru.. keken!)

(kompleks sukan: motipz?)

(wimsi 2: drift kreta. huhu)

(Bistro: menjadi zirafah. haha)

(makin dewasa..kecuali aku(?))

(from left: uitm,ums,uum,nursing-spa,unimas)

kamu2, pliz2 jgn lost contact! sila la aktifkan diri anda dengan Fs. k!

tribute: D-VAS


sejak minggu lalu, aku terfikir cane nak simpulkan per-holiday-an aku kali neh. puas mengkreatifkan diri, ilham tak datang2 gak.. em. pengakhirannya, neh jek yg mampu aku wat.. mengaplikasikan tema, "pictures can tells hundred of stories behind"

d-vas: 3 manuqs.

(saga games. parking giler xde! )

(tembok: destinasi menjual muka.huhu )

(Festival Sandakan: excited jumpa Sheila Abdul.. duh!!)

(atas pasar@ Hollywood: Fav menu, Mee 5o sen + pisang cicah susu..)

(Jalil Alip: tolong mak aku Katering)


(manuq laris: cuba menongkah arus,hampir dsambar petir.
left: manuq edwin; right: manuq malique)


(teh tarik@ hameed: aktviti fav tengah malam.)
akhirnya, kami decide nak wat baju. designer: manuq edwin.

lepas ni xde lagi :

1) mesej2 setiap 5petang dari M edwin, ajak g joging. yes, saya berjoging! tapi joging 1 round 5 round cuci mata.. huhu. thanx to Taman Sandakan dan Kompleks Sukan sebagai penaja tempat mencuci mata.
2) mesej2 yg dari M malique ajak chur tiap malam, and after party kat Hameed.
3) curi2 keluar ruma tengah malam. ibubapa x risao lagi.. huhu
4) pasang badan kat tembok. panjangkan leher kat Bistro, catwalk sepanjang Harbour Walk. huhu

mulianya cuti kali neh, kitorang langsung xde jumpa 'insani2' baru. sungguh kasehan! huhu


gud luck manuqs 4 ur next level. chaiyo2! luv u n miz u.!