BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 10, 2009

melakar pelangi

(hidup adalah memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyaknya)


Laskar pelangi, karya Andrea Hirata difilemkan oleh Riri Riza, yang menjadi fenomena negara jiran lewat tahun lalu, membuatkan aku beria2 mencari sumber semata2 nak tgok cite neh.


Lepas berkurun lamanya, aku tgok semalam. Memang best. Sinematografi yang sangat indah. Susunan lagu yang baik. Penceritaan orang dewasa dimainkan oleh kanak2 kecil. Slumdog millionaire? Emm, lebeh kuranglah. Tp dalam bajet yang rendah sikit tanpa lagu yg meleret2 la.

habis je filem neh, aku menarik nafas sedalamnya. Terus aku teringat kawan2 aku dulu. Yang mengalami masalah yg sama dengan kanak2 di SD MUHAMMADIAH ni. ‘kemiskinan menjadi penghalang kepada segalanya”

Mereka(my friend la) memang dilahirkan bijak secara semulajadi. Tak perlu menghafal buku setebal-tebalnya. Tak perlu mengulangkaji sampai dinihari, kerana mereka dikurniakan minda yang cerdas oleh-Nya. Tapi malangnya, kesempitan keluarga menyebabkan ada diantara mereka terpaksa berhenti sekolah. Bukan niat mereka untuk tidak cuba mengubah nasib diri, namun keadaan memaksa.

Bukan setakat dana yang kurang, ketiadaan kad pengenalan diri yang sah juga jadi penghalang. yUp, semua ni masih berlaku di tempat aku. Walaupun pada hakikatnya, mereka memang dilahirkan sebagai warganegara, namun tiada dokumen yang sahih bagi membuktikannya.
Kalaulah aku punya kuasa, sedaya upaya aku tolong diorang.

“Kejarlah pelangimu sejauh yang mungkin, yudi”

0 comments: