BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 13, 2009

re-post: Kawan. Sahabat. Teman.


sengaja aku meletakkan posting lamaku dari blog terdahulu. aku berada dalam situasi yang mungkin aku sendiri merekanya, dipinggirkan? dilupakan? diabaikan? hurm, tak tao la. yes, i cant live wthout them.

Kawan. Sahabat. Teman.

Ketiga-tiga rangkaian persahabatan ini membawa pengertian yang berbeza kepada saya. Ketiga-tiganya memberi impak yang berbeza dalam perhubungan seharian kita. Definisi di bawah adalah mengikut persepsi saya yang tidak boleh di guna pakai dalam akademik.


KAWAN. golongan yang berada dalam persekitaran seharian kita. Cth:kawan sekelas.perhubungan kita dengan mereka hanyalah sekadar urusan tertentu sahaja seperti membayar yuran kelas, mengutip duit Photostat dll. Kita tidak tahu (mungkin tak ambil peduli) mengapa kawan kita secara tiba-tiba bertukar imej, kerana pada kita, dia tak tersenarai pun dalam activ10 kita.


SAHABAT. Golongan yang berada dalam hidup anda 24/7. Perhubungan anda bukan sekadar ATM bergerak tapi juga mengetahui siapakah bekas-bekas (menunjukkan ramai) boyfriend; jua girlfriend anda. Merekalah yang mendengar dengan empathy setiap permasalahan anda. Golongan ini jugalah yang akan menjadi pakar motivasi dikala sahabatnya secara tiba-tiba merokok (*culture shock) mahupun ditipu kekasih (yang berkasih dengan anda). Kadangkala (mungkin setiap masa), bilik mereka akan menjadi wardrobe utama anda kerana golongan ini memegang prinsip, barangmu barangku jua. Kelompok inilah yang sering berada dalam top friends myspace dan memberi komen setiap gambar-gambar anda (walau kadangkala ter(Di)paksa melakukannya). Dengan sahabat jualah anda akan menjadi pengkritik bebas terhadap fesyen, imej kawan anda yang ‘over the top’. (*fashion victim) dan kebiasannya golongan ini mempunyai nama kumpulan tersendiri yang melambangkan merekalah manusia terkenal didunia ini.(*SS)


TEMAN. Golongan ini yang pada saya boleh di samakan dengan kekasih. Ianya pada mulanya berasal daripada SAHABAT, namun kerana caring yang berlebihan, menyebabkan timbulnya rasa sayang dan cinta di kalangan mereka. Tetapi, terdapat juga kes yang perhubungan ini dimulakan dengan KAWAN. ia biasanya terjadi melalui perkenalan dalam laman-laman sesawang(spt: sayangDsayang). Namun mengikut pengalaman lampau, perhubungan ini hanya bertahan selama 4-6 minggu sahaja.


Anda yang mana satu?

*culture shock: kejutan budaya yang berlaku akibat persekitaran dan kehendak diri yang memendam rasa selama ini.

*fashion victim: berlaku kepada mereka yang merasakan mereka kelihatan cantik memakai baju merah seluar hijau. Golongan ini harus di puji kerana mempunyai keyakinan diri yang maha tinggi.

*SS: syok sendiri.


0 comments: