BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 9, 2009

Disinilah tembuniku ditanam

Aku ingat lagi, masa interview for dip masscomm kt uitm kk ( bulan puasa-sampai-8jam dlm bas-sampai hotel on 6pm-interview on 7am-going back to sandakan pkul 1pm-esok p sekolah), interviewer tanya,”kalau anda diberi peluang untuk menerbitkan sebuah tv show, apa yang akan anda lakukan?” (ofcoz the question all in english). Dengan ‘penipu’nya aku jawab, “kalau saya diberi peluang sedemikian, saya akan menerbitkan tv show yg mempromosikan Sabah, terutamanya Sandakan kerana terlalu sedikit rancangan seperti ini yang merangkumi seluruh aspek keunikan yg Sabah miliki” hahaha, betul, skrip langsung x diubah sama seperti 3 tahon lalu.

Aku rasa aku perlu melakukan ‘sesuatu’ kearah ‘impian palsu’ ku itu. Rasa macam tanggungjawab pulak untuk aku memperkenalkan tempat tembuni*ku yg selamat ditanam 21 tahun yg lalu. Tanggungjawab untuk membetulkan stigma sebahagian (mungkin keseluruhan) manusia cetek ilmu geografinya.


sebahagian daripada Sandakan
(credit: http://static.panoramio.com/photos/original/1337477.jpg)

Sandakan bukanlah sepenuhnya dikelilingi hutan. Kami masih menggunakan jalan raya berturap yang akan terkandas setiap pukul 6.30-8.00 pagi dan 4.30-6.00 petang. Kami masih lagi sempat merasa nikmatnya KFC yang ada 4 cawangannya (Bandar, bt4, Giant, dan bt 8). Dan kami juga masih boleh bertukar pendrive yg penuh dengan cerita Gossip girls, di download menggunakan wireless yang ada dimana2 restoran, kedai makan mahupun dirumah sahaja.

Ya, mungkin kebanyakan (
tapi tidak semua) dari Sandakian yang tahu apa itu Gucci, LV mahupun secikai Padini, tapi masih boleh kelihatan makcik-makcik bertudung bawal ikin-mawi menjinjing beg-beg tersebut sambil bershopping memilih ikan,udang,sotong, ketam, kepah (bukan ydp blok n.) mahupun lobster yang bertaburan tersedia untuk diratah penuh jemu oleh anak jatinya.

Sandakan dalam usaha membangunkan dirinya untuk menjadi Bandaraya yang maju, selagi tunggak pemerintahannya disandang oleh anak kelahirannya. Disana-sini pembangunan dijalankan. Terbaru yang baru siap separuhnya, Sandakan Harbour menggunakan konsep ‘tambak&bina’ seperti yang diamalkan oleh Singapore, bakal ranap dalam beberapa tahun. Dikatakan, akan dibina sebuah hotel yang bernilai 1 billion RINGGIT MALAYSIA, dimana telah menghapuskan zaman kegemilngan Bandar BDC (borneo development centre) yang tak seindah namanya. Huhu.

Jelas, Sandakan dalam usahanya meletakkan dirinya setanding Kota Kinabalu, juga melayakkan dirinya sebagai penghuni carta korupsi yang maha tinggi. (
Aku xnak tulis lebih2, kang ade plak masuk ISA. huhu) Selamat Maju jaya Bandarku!

*tembuni: tali pusat bayi


Nak tahu lagi.. just click the link below:

http://www.cuti.com.my/Sub/Sabah/guide_sandakan.htm
http://www.lexphoto.co.uk/malaysiascrapbook.htm
http://limadang.com/2008/02/20/sabahan-datuk-houses-vs-the-people/
http://naspazi.multiply.com/journal/item/337/ANTARA_CM_DAN_MC_SIAPA_BRUTUS_SIAPA_JULIUS_-_Deep_Throat_Sabah

0 comments: