BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 13, 2009

kisah temanku.

kawan aku ingin berubah. berubah menjadi insan yang baik katanya. meninggalkan dirinya yang lalu, diibarat seperti pungguk merindu sang rembulan. "jika kita bertemu nanti, kau pasti akan terkejut" bisiknya. aku bangga pada dirinya.

namun, rupanya, perubahan dirinya bermakna berakhirnya ikatan yang kami semai. ingin memulakan hidup baru, yakinnya. dengan menukar talian perhubungan kami. entahlah, apa yang dia cuba buktikan. buktikan pada dunia yang dia kuat,gamaknya. buktikan yang dirinya "kamu tak boleh hidup tanpaku". entahlah.

mungkin dia terlupa yang dirinya tak mungkin dapat menghapuskan, menanggalkan, menghakis satu perkara iaitu, kenangan.

selamat berjaya temanku. aku gembira setiap detik kita bersama.

0 comments: