BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 18, 2009

fasa kehidupan

Kepulangan kali ini membuatkan aku terfikir yang kehidupan ku sekarang sudah berubah. Tidak sama lagi dengan 3 tahun kebelakang. Ibuku sudah memakai krim 7 anti penuaan. Kakakku sudah mengumpul emas ibu2. Bapaku bangga menggelar dirinya atuk. Adikku makin petah dan menyakitkan hati.

Ibubapaku tidak lagi membebel menyuruh belajar dan masuk ke university. Kini, mereka kesepian keseorangan menanti kepulangan kami dari perantuan.

Aku dan kawanku tidak lagi berbicara tentang kebencian pada math, fizik, biologi mahupun kimia. Kini masing-masing mengeluh dalam bangga bercerita assignment yang menggunung tak terdaki.

Aku dan sepupuku tidak lagi bersantai, bergosip, bercerita tentang “bagaimana menghapuskan bulu kaki” mahupun “warna apa paling in musim ini”, kini, masing-masing sibuk mengumpul harta; menyewa rumah, membeli kereta tidakpun “susu anak yang paling sesuai untuk anaknya”. Aku terdiam.

Namun, aku? Masih tersekat dengan kenangan semalam. Masih terdesak mencari keseronakkan dunia. Mungkin juga kerana aku berasa belum sedia menerima fasa hidup yang semestinya akan tiba.


Aku takut menjadi dewasa.

0 comments: