BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 7, 2011

Celaru

Hati dan perasaan sukar diduga.

Sedayanya kita cuba menjadi sempurna
Atau mungkin setidaknya
Mencuba sehabis daya
Semata mata tidak mahu terus diduga

Kita menangis, bila hati diduga
Kita menyalah takdir, bila diduga
Ibaratnya dunia terlalu kejam
Membiarmu bersendirian bersama hati yang gundah
Ibaratnya diri hidup bersendiri, terkulai sepi
Mengharap ia sekadar mainan mimpi

Hati mula meronta, mahu menghenti segala
Yang dimula mahu diakhiri segera
Mahu ditutup pintu hati yang terbuka
Mahu dihenti berdetiknya masa

Apalah ertinya hidup jika tidak ceria
Jika hari hari penuh curiga
Meronta mahu meluah segala
Tapi sayang, pada siapa.

Jangan. Jangan dilontar amarah itu
Jangan di luah terus menoktah
Jangan dihenti berkembangnya bunga
Walau makin layu, serinya tiada.

Katalah pada hati
Jika sudah ditakdiri
Kalau Kasih mahu terus disemi
Biarkan amarah dan benci
Kerana ia akan beransur pergi

Kerana hanya kau pasti mengerti
Betapa kuatnya ikatan yang telah terpatri.

0 comments: