BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 26, 2009

aku semakin yakin.


cerita 1:
sedang berkumpul bersama keluarga besar, tetiba makcik A bertanya, "pis, betul ke gosip rozita che wan(?) dengan datuk K tu?" aku tersenyum sambil menggeleng kepala, tanda tak tahu. belum sempat aku menjawab, makcik B mencelah,"ah! dia tu mana tau apa-apa, tak guna dia belajar jauh-jauh tapi cerita ni pon tak tahu" huh??? Tercengang. bila masa aku amik subject 'Introduction To Gossips in Malaysia, GOS311' ?

cerita 2: sedang memandu menghantar sepupuku, dia tetibe bertanya, "abang, betul ke siti nurhaliza kena hisap rokok dulu sebelum start menyanyi?", aku terkesima dan memandang wajah 9 tahunnya yang menanti jawapan. "emm" jawap ku, 50-50.



semuanya mengukuhkan lagi yang aku harus mengambil MC221-Bach. of Mass Comm. (Hons) (Journalism), supaya lebih arif dan peka akan isu-isu semasa.

Friday, September 18, 2009

fasa kehidupan

Kepulangan kali ini membuatkan aku terfikir yang kehidupan ku sekarang sudah berubah. Tidak sama lagi dengan 3 tahun kebelakang. Ibuku sudah memakai krim 7 anti penuaan. Kakakku sudah mengumpul emas ibu2. Bapaku bangga menggelar dirinya atuk. Adikku makin petah dan menyakitkan hati.

Ibubapaku tidak lagi membebel menyuruh belajar dan masuk ke university. Kini, mereka kesepian keseorangan menanti kepulangan kami dari perantuan.

Aku dan kawanku tidak lagi berbicara tentang kebencian pada math, fizik, biologi mahupun kimia. Kini masing-masing mengeluh dalam bangga bercerita assignment yang menggunung tak terdaki.

Aku dan sepupuku tidak lagi bersantai, bergosip, bercerita tentang “bagaimana menghapuskan bulu kaki” mahupun “warna apa paling in musim ini”, kini, masing-masing sibuk mengumpul harta; menyewa rumah, membeli kereta tidakpun “susu anak yang paling sesuai untuk anaknya”. Aku terdiam.

Namun, aku? Masih tersekat dengan kenangan semalam. Masih terdesak mencari keseronakkan dunia. Mungkin juga kerana aku berasa belum sedia menerima fasa hidup yang semestinya akan tiba.


Aku takut menjadi dewasa.

Tuesday, August 11, 2009

meneruskan hidup

mula belajar untuk berdikari.
berdiri atas kaki sendiri.
tak perlu cubit paha kanan, terasa di kiri.
semuanya tanggungan sendiri.

mungkin mereka teman ketawa.
mungkin jua mereka sedang ketawa
dibelakang.
mungkin mereka sedia membantu.
namun mencaci mengata
dibelakang.

mereka tergelak.
mereka gembira.
mereka mempermainkan.

tak tahu apa sebenarnya terjadi
tak apa.
hidup perlu diteruskan.

Saturday, August 1, 2009

jangan bersedih lagi



Sahabat-sahabat ku kini berhadapan dengan pergolakan jiwa remaja. Satu perasaan padaku wajib dilalui oleh seorang remaja. Aku? mungkin pernah melaluinya. Namun bukan di atas kertas. Peritnya, masih sama. agaknya.

Kawan-kawan.

Maaf aku tak mampu menenangkan kalian. Maaf kalau mutiara kata yang aku tiupkan itu rupanya hempedu, pahit untuk ditelan. Maaf.

Betul, aku pada kalian, tidak faham apa yang kalian lalui. Namun, aku pernah rasa rendah seperti kalian hadapi sekarang.

Apa yang mampu lakukan adalah berdiam diri. Membiarkan mereka berfikir langkah hidup seterusnya. Mahu kata sepatah, aku usahakan. Tapi maaf kalau terlebih.

Tapi ketahuilah. Ubat paling mujarab adalah menelan pedihnya sendiri. Kerana diri lebih arif tentang dirimu. Pujuklah hati kalian, sedapkanlah hatimu.

Maaf, aku hanya mampu berdiam diri.




Friday, July 31, 2009

26 disember 2006,
detik dimana bermulanya kisah diriku bermandikan hujan emas, dibanjiri permata di tanah orang. mungkin tempoh 3 tahun belum boleh membuatkan aku matang mengenal erti payahnya hidup, namun bagi aku ia cukup untuk aku menilai pedih dan manisnya kehidupan.

melihat rakan-rakan yang baru menapak mencari landasan kukuh, membuatkan aku tersenyum sendiri. rupanya begitulah aku 3 tahun yang lepas. sedaya upaya berpura-pura menjadi tabah di luar, walhal rapuh di dalam.

membenci senior?
sudahku lakukan. berbakul-bakul sumpahan aku seranahkan.
hakka kelakar?
sudah ku amalkan. walhal masih janggal mengangkang sewenang-wenangnya.
aktiviti blog/fakulti yang bodoh?
sudah ku turut semuanya. walau hati bernanah membengkak.
membotakkan diri?
sudah ku lakukan. walau diri tak mungkin bernazarkannya.


tanyalah miss rossalynn
, yang kejemuan membaca makian ku di dalam jurnal harian.
tanyalah nua & fitri, yang pernah memarahiku dan berceramah panjang selepas AGM part 1 ku.
tanyalah mulutku, yang kejang terpaksa mengukir senyum pada senior2 ku.


namun,

lepas difikirkan kembali, betapa semua ini membuatkan aku lebih kuat dan kuat. aku boleh berhadapan dengan semua lapisan(?). lantang bertempat dikala suara diperlukan.
lepas ku kenangkan kembali, semua ini merupakan kenangan yang tak dapat aku lupakan. kenangan paling manis yang tak semua orang dapat merasa.

melihat juniorku, oh! terasa tua menyebutnya, melakukan benda 3 tahun lepas yang aku lakukan, membuatkan aku tersenyum bangga, aku sudah melaluinya.


sabarlah wahai adik-adik ku, masa mu akan sampai jua. dan bila kau di tempatku, pasti kalian tergelak sendirian betapa bodohnya diri bermati-matian menyumpah seranah di dalam blog,diari mahupun jurnal, menulis akan ketidakpuashati atas semuanya. hanya dirimu sahaja tahu apa itu hidup. hanya dirimu.

simpan semua cacian mu ini, dan buka kembali di semester akhir, paling akhir dirimu mampu pergi. pasni ada benih-benih aimata jatuh di anak matamu. haha. percayalah, kerna aku sudah melakukannya.
ya, aku terasa 'pandai'.





1 dingdong: kami la manusia terhebat! (dahulu)

Monday, July 20, 2009

telenovela ep 1

last week memang minggu yg sangat mencabar keimanan buat aku. 2 mimpi ngeri yang memang sangat tak disangka.

nightmare 1:

dikisahkan ada kuasa cuba menguasai dunia. cuba memegang takhta dengan menyebarkan dakyah2 puitisnya. tersungkurlah mereka yang selama ini menjadi cleopatra di dunianya. ajaib sungguh mantera kuasa baru itu. sehingga melupakan rakan kongsinya yang lampau. hibalah si rakan kongsi, terasa tepedaya dengan kata-kata semanis epal merah, namun beracun lagaknya. ya, salju putih. itu namanya. selamat berjaya wahai salju putih. moga misimu tercapai jua.

nightmare 2:

imagine. orang yang paling taknak korang jumpe, tetibe duduk serumah ngan korang, n makan semeja ngan korang. the best part is, pretending dont noe each other. sangat besh. paling best.. langsong x tgok muke.haha. betul, kawan2 kate aku love feeling sorang2. ok, wat bodow!

penyelesaian

nightmare 1:

si rakan kongsi akan meneruskan harinya walao tiap hari memakai plastik padini. akan meneruskan perjuangan walao tahu diri punya TIADA penyokong. tidak mengapa. si rakan kongsi harus memegang kata2 puitis mama juwie, dalam ramai yang menyintai pasti ada yang membenci. haha.

nightmare 2:

sudah2 la. jangan pedulikan kupu2 yang baru keluar dari kepompongnya. biarla dia dengan caranya. dan ingat pesan huzz, setiap yang berlaku pasti ada karmanya. haha.tipu.

selamat berjaya buat semua.

Saturday, July 11, 2009

khalifah baru

8 Julai 2009, secara sah-nya aku menjadi seorang pakcik. aku tao lepas ni tanggungjawab aku makin besar. banyak yang perlu aku fikirkan. hahaha. over. baru hari ni aku dapat tengok foto dia. dari fs kakak aku.

Ahmad Danish Syafie,
-maafkan uncle (awkward!) selalu menjadi orang terakhir mendapat berita terkini tentang dirimu.
-maaf sebab tak datang masa dirimu dirai di majlis berlenggang*,
-maaf tak dapat bersama merasai kegembiraan menyambut kehadiranmu.
-maaf tak dapat melihat dirimu membesar dengan indahnya.


Ahmad Jr,
jadilah seperti paktua dan maktua mu, yang kuat pada pegangannya.
jadilah seperti ibubapamu, yang teguh imannya.
jadilah seperti bibik ina (haha), yang pandai berdikari.
jadilah seperti mang ajid mu, yang bijak lagi soleh.
jadilah seperti bibik ain(so sweet), yang petah lagi telatah.


jangan jadi seperti uncle,
yang masih terumbang-ambing mencari ertinya hidup.


(Ahmad Danish Syafie bin Ruslie, nak balik rumah!!!)

*berlenggang: majlis berurut seluruh badan bagi wanita sarat mengandung 7 bulan. rasanye la.. huhu