mula belajar untuk berdikari.
berdiri atas kaki sendiri.
tak perlu cubit paha kanan, terasa di kiri.
semuanya tanggungan sendiri.
mungkin mereka teman ketawa.
mungkin jua mereka sedang ketawa
dibelakang.
mungkin mereka sedia membantu.
namun mencaci mengata
dibelakang.
mereka tergelak.
mereka gembira.
mereka mempermainkan.
tak tahu apa sebenarnya terjadi
tak apa.
hidup perlu diteruskan.
Tuesday, August 11, 2009
meneruskan hidup
Posted by :: hafiz ahmad :: at 10:00 PM 1 comments
Saturday, August 1, 2009
jangan bersedih lagi
Sahabat-sahabat ku kini berhadapan dengan pergolakan jiwa remaja. Satu perasaan padaku wajib dilalui oleh seorang remaja. Aku? mungkin pernah melaluinya. Namun bukan di atas kertas. Peritnya, masih sama. agaknya.
Kawan-kawan.
Maaf aku tak mampu menenangkan kalian. Maaf kalau mutiara kata yang aku tiupkan itu rupanya hempedu, pahit untuk ditelan. Maaf.
Betul, aku pada kalian, tidak faham apa yang kalian lalui. Namun, aku pernah rasa rendah seperti kalian hadapi sekarang.
Apa yang mampu lakukan adalah berdiam diri. Membiarkan mereka berfikir langkah hidup seterusnya. Mahu kata sepatah, aku usahakan. Tapi maaf kalau terlebih.
Tapi ketahuilah. Ubat paling mujarab adalah menelan pedihnya sendiri. Kerana diri lebih arif tentang dirimu. Pujuklah hati kalian, sedapkanlah hatimu.
Maaf, aku hanya mampu berdiam diri.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 8:20 AM 0 comments
Friday, July 31, 2009
detik dimana bermulanya kisah diriku bermandikan hujan emas, dibanjiri permata di tanah orang. mungkin tempoh 3 tahun belum boleh membuatkan aku matang mengenal erti payahnya hidup, namun bagi aku ia cukup untuk aku menilai pedih dan manisnya kehidupan.
melihat rakan-rakan yang baru menapak mencari landasan kukuh, membuatkan aku tersenyum sendiri. rupanya begitulah aku 3 tahun yang lepas. sedaya upaya berpura-pura menjadi tabah di luar, walhal rapuh di dalam.
membenci senior? sudahku lakukan. berbakul-bakul sumpahan aku seranahkan.
hakka kelakar? sudah ku amalkan. walhal masih janggal mengangkang sewenang-wenangnya.
aktiviti blog/fakulti yang bodoh? sudah ku turut semuanya. walau hati bernanah membengkak.
membotakkan diri? sudah ku lakukan. walau diri tak mungkin bernazarkannya.
tanyalah miss rossalynn, yang kejemuan membaca makian ku di dalam jurnal harian.
tanyalah nua & fitri, yang pernah memarahiku dan berceramah panjang selepas AGM part 1 ku.
tanyalah mulutku, yang kejang terpaksa mengukir senyum pada senior2 ku.
namun,
lepas difikirkan kembali, betapa semua ini membuatkan aku lebih kuat dan kuat. aku boleh berhadapan dengan semua lapisan(?). lantang bertempat dikala suara diperlukan.
lepas ku kenangkan kembali, semua ini merupakan kenangan yang tak dapat aku lupakan. kenangan paling manis yang tak semua orang dapat merasa.
melihat juniorku, oh! terasa tua menyebutnya, melakukan benda 3 tahun lepas yang aku lakukan, membuatkan aku tersenyum bangga, aku sudah melaluinya.
sabarlah wahai adik-adik ku, masa mu akan sampai jua. dan bila kau di tempatku, pasti kalian tergelak sendirian betapa bodohnya diri bermati-matian menyumpah seranah di dalam blog,diari mahupun jurnal, menulis akan ketidakpuashati atas semuanya. hanya dirimu sahaja tahu apa itu hidup. hanya dirimu.
simpan semua cacian mu ini, dan buka kembali di semester akhir, paling akhir dirimu mampu pergi. pasni ada benih-benih aimata jatuh di anak matamu. haha. percayalah, kerna aku sudah melakukannya.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 12:38 PM 3 comments
Monday, July 20, 2009
telenovela ep 1
last week memang minggu yg sangat mencabar keimanan buat aku. 2 mimpi ngeri yang memang sangat tak disangka.
nightmare 1:
dikisahkan ada kuasa cuba menguasai dunia. cuba memegang takhta dengan menyebarkan dakyah2 puitisnya. tersungkurlah mereka yang selama ini menjadi cleopatra di dunianya. ajaib sungguh mantera kuasa baru itu. sehingga melupakan rakan kongsinya yang lampau. hibalah si rakan kongsi, terasa tepedaya dengan kata-kata semanis epal merah, namun beracun lagaknya. ya, salju putih. itu namanya. selamat berjaya wahai salju putih. moga misimu tercapai jua.
nightmare 2:
imagine. orang yang paling taknak korang jumpe, tetibe duduk serumah ngan korang, n makan semeja ngan korang. the best part is, pretending dont noe each other. sangat besh. paling best.. langsong x tgok muke.haha. betul, kawan2 kate aku love feeling sorang2. ok, wat bodow!
penyelesaian
nightmare 1:
si rakan kongsi akan meneruskan harinya walao tiap hari memakai plastik padini. akan meneruskan perjuangan walao tahu diri punya TIADA penyokong. tidak mengapa. si rakan kongsi harus memegang kata2 puitis mama juwie, dalam ramai yang menyintai pasti ada yang membenci. haha.
nightmare 2:
sudah2 la. jangan pedulikan kupu2 yang baru keluar dari kepompongnya. biarla dia dengan caranya. dan ingat pesan huzz, setiap yang berlaku pasti ada karmanya. haha.tipu.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 12:40 PM 1 comments
Saturday, July 11, 2009
khalifah baru
-maaf tak dapat melihat dirimu membesar dengan indahnya.
jadilah seperti paktua dan maktua mu, yang kuat pada pegangannya.
(Ahmad Danish Syafie bin Ruslie, nak balik rumah!!!)*berlenggang: majlis berurut seluruh badan bagi wanita sarat mengandung 7 bulan. rasanye la.. huhu
Posted by :: hafiz ahmad :: at 11:11 AM 0 comments
Friday, July 10, 2009
melakar pelangi
Lepas berkurun lamanya, aku tgok semalam. Memang best. Sinematografi yang sangat indah. Susunan lagu yang baik. Penceritaan orang dewasa dimainkan oleh kanak2 kecil. Slumdog millionaire? Emm, lebeh kuranglah. Tp dalam bajet yang rendah sikit tanpa lagu yg meleret2 la.
Kalaulah aku punya kuasa, sedaya upaya aku tolong diorang.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 1:19 PM 0 comments
Friday, July 3, 2009
bakal bersawang.
sebelum balik, beli bekalan di hari mendatang. prinsipnya, kena beli kat sini, kalo beli kat lendu, sah2 la kena guna duit sendiri kan.. haha.. bijak2.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 1:36 AM 0 comments



