BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

persoalan yang tiada jawapan... mungkin

oleh: mohammad hafiz ahmad

Segalanya bermula sekitar tahun 2005, isu bekalan air berjadual, ataupun DIPUTUSKAN bukan lah satu perkara baru di sandakan, sabah. lebih memburukkan keadaan, bekalan elektrik juga sering terpadam tanpa mengira waktu.

hal ini meresahkan penduduknya terutama pemilik premis-premis kecil yang beroperasi sepenuhnya menggunakan sumber asasi manusia ini. aktiviti seharian para suri rumah juga tertangguh akibat masalah yang umpama tiada penghujungnya ini.

(maaf mencarut)

selama 4 tahun penduduk Sandakan terpaksa menerima hakikat bahawa pada setiap hari Inin dan Khamis, bekalan air AKAN diputuskan terutamanya disekitar penempatan penduduk berpendapatan sederhana, seperti Taman Rajawali, Taman Kenari, Taman Merpati dan sekitarnya. Namun, hali ini tidak menjadi kebingungan kepada penduduk di kawasan-kawasan elit, mungkin kerana purata penduduknya adalah 'Jutawan Segera', agaknya.

apa yang pasti, pihak tertinggi masih berdolak dalih dalam menyelesaikan isu ini kerana mungkin beranggapan kurangnya warga yang lantang membidas, lantas membuat kesimpulan, penduduknya adalah lembu yang patuh menurut kata tuannya tatkala mudah menarik tali pada hidungnya. mungkin juga kerana daerah kedua terbesar di Sabah ini ditakhluki oleh bayang-bayang gelap yang pantas memperkotak-katikkan minda dan sanubari penduduknya dengan memerintah menggunakan undang-undang ciptaan kelompoknya.

persoalannya, sampai bilakah masalah ini akan terus berlaku? adakah ini kerana status 'Dalam Pembangunan', penduduknya terpaksa menelan segala keperitan? Dimanakah dan apakah saluran yang betul dan selayaknya untuk warganya mendapatkan penjelasan yang maha benar?

pihak berpangkat harus bertindak, walau agak lembab, menerangkan keadaan sebenar disebalik konflik yang menjadi permasalahan kepada penduduk-penduduk bertaraf 'kebanyakan' ini. walau sudah terhantuk dan terngadah, sekurang-kurangnya masalah ini tidak terus menjadi duri dalam daging dimasa hadapan.



p/s: aku nak tukar course ke Journalism la.. huhu

Friday, June 26, 2009

backstabber.gossiping.fu*k!

aku dengar, aku dah jadi bahan makian. em, tak tao la betol ke x. tapi, nak kata apa? suka hati korang la. meminjam kata pujangga,"ADA AKU KESAHHH???" cak..cak..cakk.ccaakk..

Quote of the day:

"aku tak perlu melacurkan diri untuk mendapat perhatian"

oppss..

for those yang "suka makan daging kaumnya", neh tuk korang...


makan r diri sendiri.. haha!

penghujungnya, aku yang sakit.


awalnya: kalo dia reply msg, aku delete account.


aku kuatkan semangat, msg dia. motif nak tahu the real story. ditakdirkan dia reply.

seperti dijangka, ini yang berlaku. dia salahkan aku, aku salahkan dia.

menyesal? em, tak kot.. (dalam hati, ye!)

sudahnya,aku juga yang sakit.

pesannya, matangkan diri..(duhh!!)

akhirnya: aku delete account..dengan berat hati.. huhu.


Thursday, June 25, 2009

seminggu lagi!!

semingu lagi,
semuanya akan berakhir.
akan aku manfaatkan setiap masa yang ada untuk chur sepuasnya!

list sebelum keberangkatan:

1) makan coto makassar dan sambal goreng (lagi..)
2) buat cheese cake (caiyo2!)
3) bangun pagi, yes PAGI. 8.00 am. start isnin.
4) pergi pasar minggu..(x kot? huhu)
5) tak makan nasi seminggu (motif???)
6) donload movie,'video', lagu banyak2. (yela, harap wifi kat lendu memangla bjanggut)
7) catwalk for the last time kat harbour-walk
8) wat spegeti (walaopon hari tu xdpat sambutan.. sedih!)
9) keluar ramai2 naik kereta cik zaidah. (mimpilah.. haha)
10) jumpa 'banker'.. ah! rindu.. tp nak bagi alasan pe ea?
11) daki bukit sim-sim. tipu.
12) finally, nak jumpa DIA! dah 3 tahon kowt!! A dah jumpa, cam pant*t!

rasa taknak jek balek sane. yela, keadaan dah x same.. sedih.. :(

Sunday, June 21, 2009

ogiring put-put*

kesepian.
ceritera penuh kepropaan.
(sebuah karya agung, yang tidak dimasukkan dalam silibus Kompenan Sastera, KOMSAS ting.2)

watak 1: ibu manuk
perwatakan: telah bercengkerama selama 6 bulan. telah melebihi fasa matang katanya. sangat bangga akan transformasi dirinya. menjadi kupu-kupu malam setelah kondipen akan bentuknya yg baru.

watak 2: ummi manuk
perwatakan: telah men-register-kan diri sejak zaman gonjengnya. penoh pengalaman statementnya. kini beralih rasa ke tempat baru, yang lebih besar pasarannya. sebut saja namanya, pasti bergetar lutut kupu-kupu yang mendengarnya.

watak 3: manuk sendu.
perwatakan: indah ciptaan namun pemilih gamaknya. tipu. bermulut deras pada setiap insan dijumpa. manuk lindungan kaabah, sesuci lebaran, tak pernah berdua.

sinopsis.
.....manuk sendu mengadu nasib kepada ibu dan umminya, kenapa dirinya tidak sebertuah mereka, yang diibaratkan 'ku petik jari, 23 orang buta datang melutut'. sedih sungguh si manuk sendu. bertitahlah ummi dan ibu manuk memberi kata perangsang penuh motivasi kepada si manuk sendu.

ibu manuk: pesan ibu, janganlah bermulut deras tika bertemu buaya. berkelakuan lah sopan penuh kepropoaan tika bersuara.sikapmu yang over harus dibendung untuk memberikan impressi yang baik pada mereka.

ummi manuk: janganlah memilih, kerana setiap manuk didunia ada cacatnya, tiada yang perfecto. lihatnya ummi, buaya tua tak potong pon ummi rembat. asal berdua wahai manuk sendu.

manuk sendu: baiklah.

ummi manuk: ingat, amalkan petua sihir ini jika melangkah keluar dari rumah;


anak mataku si fatimah'
anak mataku, bla bla bla bla..
!@@#$ $$$ @%^&$#@ (*&&^
*&&&^ ^^&***% ((*&&
(petikan terpaksa ditapis)

ibu manuk: ibu pon ada sihir jugak. di import khas dari hutan belukar pedalaman Pahang. amalkan sebelum tidur ya.
peliuk pelintuk aku memakaimu,
sekalian menunduk bla bla,
!@#$ $%^&* &^%%$#&
%^&* (*&&^^$
(petikan terpaksa ditapis)

manuk sendu: baiklah. tapi, perlukah memuja benda yang tak pasti sedangkan melupa yang patut disembah?

ibu&ummi: kau ni kenapa?

pengajaran: lu pikirlah la sendiri, manuk!


*ogiring put-put: sila tanya ibu dan ummi manuk kerana mereka lebih arif.

Sunday, June 14, 2009

pert(J)emuan. unexpected. gonjengan.

hari ni kononnya ktorng wat reunion for form6. tp sygnya yg datang..nan ado! x ramai. memang dah djangka. mungkin bukan dr group aku yg in charge, so agak carca-marba disitu. hahaha. lepas bincang punya bincang, harus ada satu event yg betul2 bolh dkategorikan sebagai the truly reunion. so, ktorng decide nak pegi poring. and i'll be the organizer. huhu. tarikh cadangan: 20 jun. i've 1 week to cantact my fren.. ala, dari fs sudehh.. hahah.

3 jam from sandakan. kena naik bus. dekat ngan kinabalu park.


dalam reunion yg x seberapa tuh, aku terjumpa la ngan kawan2ku yg lama x jumpa. unexpected! hari ini kira HARI BERTEMU KAWAN la kiranya. mereka diketegorikan seperti berikut:

prenzo #1
lokasi: pasir putih, sandakan.
masa: 11.30 pg
dijumpa: malik(ari2 jumpa) liza, lai, pet, max, aziz, syarazad, azlan, wan n nasran.
tak jumpa: since last sem. duh!
tahap kenal: classmate form lower 6.
reaksi: 2-3/5
sebab: em. biasa jek kot. cz cuti sem jek, kitorng LOVE wat reunion. haha. g pon most of them still contact kat fs.

kat mixcool,bt 4.
(Left: dunno, pet, liza, lai. (by: malik.haha)
)

prenzo #2
lokasi: k-box,bt4.
masa: 2.00-3.00 ptg
dijumpa: hazil, nadzirah, mieng n ida.
tak jumpa: since 2007/2008.
tahap kenal: classmate form 4/5
reaksi: 4/5 (sangat terkejut!)
sebab: time lower 6 still jumpa lg, except hazil. tapi pas masuk dip, terus hilang tah kemana.

haha. pic tyme form 5. yes! aku penah kuros.
(left: atma, nadzirah, keeb, hazil, dunno
)

gonjengan 1: 5sc1 '05. bestnya kalo dpt jumpa korng sume balek.

prenzo #3
lokasi: kompleks sukan, sandakan.
masa:5.00 ptg
dijumpa: ismarwati isgau
tak jumpa: since 2003!
tahap kenal: classmate form 1-3
reaksi: 6.5/5 (giler punya terkejut!)
sebab: kitorang time form 4 dipindahkan (dihalau, ayat yg betul) oleh pengetua, puan kalsom. coz sekolah ktorang still baru n xde class sains. group aku sume dah bpecah, termasuklah isma, yang ambil keputusan sambong study kt sek teknik. kat mane tah. pastu dia sambong lak ke politeknik. so memang tak jumpa dia dalam masa 2004-2009 !! can u imagine jumpa dia skarang! nk menangis pon ada. ceh!

pic tyme form 3. ya, paling kiri itu adalah EDWIN RICHARD! hhaaha
(left: edwink, dayang, isma, zai n es.)


gonjengan 2: form 3. x tao event apa tyme pic neh diambil. 6 tahon lalu kowt!. huhu
(maaf, gambar ini senget, kerana tersalah scan oleh cik zaidah, huhu)


sumbangan gambar2:
#1: en. ridwan. (tp actually dr camera aku. huhu)
#2: cik zaidah. (camera aku jugak. haha)
#3: http://www.mount-kinabalu-borneo.com/poring.html





Saturday, June 13, 2009

kisah temanku.

kawan aku ingin berubah. berubah menjadi insan yang baik katanya. meninggalkan dirinya yang lalu, diibarat seperti pungguk merindu sang rembulan. "jika kita bertemu nanti, kau pasti akan terkejut" bisiknya. aku bangga pada dirinya.

namun, rupanya, perubahan dirinya bermakna berakhirnya ikatan yang kami semai. ingin memulakan hidup baru, yakinnya. dengan menukar talian perhubungan kami. entahlah, apa yang dia cuba buktikan. buktikan pada dunia yang dia kuat,gamaknya. buktikan yang dirinya "kamu tak boleh hidup tanpaku". entahlah.

mungkin dia terlupa yang dirinya tak mungkin dapat menghapuskan, menanggalkan, menghakis satu perkara iaitu, kenangan.

selamat berjaya temanku. aku gembira setiap detik kita bersama.