sudah 3 hari aku memakai baju yang sama.
terasa selesa memakainya.
sejuk.
tapi, mungkin sudah tiba waktunya untuk aku menukarnya.
si baju terasa tidak selesa, rimas di badanku.
mungkin.
sedayanya aku tidak menggantinya.
kerana keselesaan.
mungkin
aku harus terus bermimpi.
kerana baju mulai masam dan berdaki.
aku lelah mencari baju yang sesuai
yang cantik terlekat di tubuhku
yang sejuk walau berharian di susukku
yang cocok digaya dengan apa sahaja.
yang ku impikan
baju itu terus bertukar menjadi kulit
agar kekal terlekat dan melekap
menjadi sebahagian dariku.
perlukah aku mengganti baju yang baru?
Thursday, November 19, 2009
perlukah aku mengganti baju yang baru?
Posted by :: hafiz ahmad :: at 3:03 AM 0 comments
Wednesday, November 11, 2009
ini detiknya.
3 tahun sudah berlalu. dilipat kemas menjadi kenangan dan disimpan rapi sebagai panduan dimasa depan. kenangan itu semua bermakna. biar pahit mahupun gembira. buat apa menyesal jika semua ini adalah ketetapan dari-Nya.
ingin berterima kasih pada insan-insan (maksudnya ramai..) yang bersama-sama sepanjang perjalanan yang jauh namun terasa singkat dipenghujungnya.
ayat perlu disusun rapi, dikepil bersama kepingan foto waktu bersuka ria.
nanti. masih menunggu ilham.
kadang-kadang perpisahan itu perlu;
untuk mewujudkan perasaan rindu tika berjauhan.
kadang-kadang perpisahan itu dapat merapatkan jurang ada kerana merindui detik-detik tika bersama.
airmata ini bukan kerana kesedihan kita bepisah
tapi merindui detik kita tidak lagi bersama melakukan kebiasaan yang sama.
cuba menahannya dari mengalir.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 10:10 AM 1 comments
Sunday, October 25, 2009
sudah ku jangka.
bersama kini tidak.
berdua kini individu.
bersalam kini selingkuh.
cepat-cepat.
ubati luka.
lekas-lekas
terus mencari.
kejar-kejar
sampai diri mengah.
entah.
mungkin tidak mungkin
entah
sabar untuk siapa
entah
sampai bila.
jika kau pergi.
bulan dan bintang tetap masih di langit.
jika kau pergi.
air mengalir takkan berhenti.
jangan khuatir tentang diriku.
takkan ku merinduimu.
menanti cerita seterusnya. dan semestinya penghujung yang tetap begitu.
(credit: jika kau pergi by imran ajmain. )
Posted by :: hafiz ahmad :: at 10:47 AM 0 comments
Sunday, October 4, 2009
perjuangan bermula.

segala kebencian, segala pergaduhan, segala pertengkaran, , segala permusuhan, segala caci maki di facebook, segala kesentapan... bakal berakhir selepas 11 oct 2009, 12 malam.
buktikan siapa loser yang sebenar.
opss.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 6:23 PM 0 comments
Saturday, September 26, 2009
aku semakin yakin.
cerita 1: sedang berkumpul bersama keluarga besar, tetiba makcik A bertanya, "pis, betul ke gosip rozita che wan(?) dengan datuk K tu?" aku tersenyum sambil menggeleng kepala, tanda tak tahu. belum sempat aku menjawab, makcik B mencelah,"ah! dia tu mana tau apa-apa, tak guna dia belajar jauh-jauh tapi cerita ni pon tak tahu" huh??? Tercengang. bila masa aku amik subject 'Introduction To Gossips in Malaysia, GOS311' ?
cerita 2: sedang memandu menghantar sepupuku, dia tetibe bertanya, "abang, betul ke siti nurhaliza kena hisap rokok dulu sebelum start menyanyi?", aku terkesima dan memandang wajah 9 tahunnya yang menanti jawapan. "emm" jawap ku, 50-50.
semuanya mengukuhkan lagi yang aku harus mengambil MC221-Bach. of Mass Comm. (Hons) (Journalism), supaya lebih arif dan peka akan isu-isu semasa.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 12:30 PM 0 comments
Friday, September 18, 2009
fasa kehidupan
Kepulangan kali ini membuatkan aku terfikir yang kehidupan ku sekarang sudah berubah. Tidak sama lagi dengan 3 tahun kebelakang. Ibuku sudah memakai krim 7 anti penuaan. Kakakku sudah mengumpul emas ibu2. Bapaku bangga menggelar dirinya atuk. Adikku makin petah dan menyakitkan hati.
Ibubapaku tidak lagi membebel menyuruh belajar dan masuk ke university. Kini, mereka kesepian keseorangan menanti kepulangan kami dari perantuan.
Aku dan kawanku tidak lagi berbicara tentang kebencian pada math, fizik, biologi mahupun kimia. Kini masing-masing mengeluh dalam bangga bercerita assignment yang menggunung tak terdaki.
Aku dan sepupuku tidak lagi bersantai, bergosip, bercerita tentang “bagaimana menghapuskan bulu kaki” mahupun “warna apa paling in musim ini”, kini, masing-masing sibuk mengumpul harta; menyewa rumah, membeli kereta tidakpun “susu anak yang paling sesuai untuk anaknya”. Aku terdiam.
Namun, aku? Masih tersekat dengan kenangan semalam. Masih terdesak mencari keseronakkan dunia. Mungkin juga kerana aku berasa belum sedia menerima fasa hidup yang semestinya akan tiba.
Aku takut menjadi dewasa.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 6:55 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
meneruskan hidup
mula belajar untuk berdikari.
berdiri atas kaki sendiri.
tak perlu cubit paha kanan, terasa di kiri.
semuanya tanggungan sendiri.
mungkin mereka teman ketawa.
mungkin jua mereka sedang ketawa
dibelakang.
mungkin mereka sedia membantu.
namun mencaci mengata
dibelakang.
mereka tergelak.
mereka gembira.
mereka mempermainkan.
tak tahu apa sebenarnya terjadi
tak apa.
hidup perlu diteruskan.
Posted by :: hafiz ahmad :: at 10:00 PM 1 comments