BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 10, 2009

sanggopkah aku??

"Difahamkan setakat ini RTM sudah merancang mewujudkan TV Sarawak, TV Sabah dan TV Johor. Ini diikuti TV khas wilayah Utara, Timur dan Tengah yang berdasarkan format stesen radio tempatan RTM.

Menerusi projek itu, lebih 53,000 peluang kerja bakal ditawarkan terutama berkaitan kandungan siaran. Ini bagi mengisi lebih 175,000 jam siaran setahun meliputi berita, dokumentari, drama, hiburan dan sebagainya."

(7 Jun 2009; Kita bakal 'mabuk' TV; AMREE AHMAD;kosmo!)

Malaysia bakal menjadi seperti USA yg mempunyai tv station-nya yg tersendiri di setiap negeri. mungkin aku harus merendahkan diriku agar selari dengan kehendak pasaran? haha.


Tuesday, June 9, 2009

the nature city

setiap tempat mempunyai keistimewaan dan keindahan yang tersendiri. mungkin ia xlah segah Beverly Hills mahupun seromantik Vanice, tapi tanpa kita sedari, benda yang kita nampak buruk dan x bernilai itulah sesuatu yang sukar untuk dimiliki. aku cuba meyakinkan diri, yang Sandakan juga ada semua itu. aku potretkan melalui kepingan gambar yang aku dan my prenzo ambil tyme chur last week.

developing sandakan.
sebahagian Sandakan harbour yg belum siap.


kat sini semua hasil laut akan dikumpul. (kawasan tambak!)


ni pula jeti yg jadi teksi pada penduduk yang tinggal kat pulau-pulau kecil berhampiran.
ala2 macam cite bujang lapok tu, hint: pendekar mustar.



nama pon nature city, sah2 lah burung berterbangan sesuatu yang biasa dilihat.
tapi CONFIRM XDE tahi burung berjuritan* occay. ulang suara CONFIRM XDE!





*berjuritan: berselerak; bertaburan

thanx to: mr photoshop!

Disinilah tembuniku ditanam

Aku ingat lagi, masa interview for dip masscomm kt uitm kk ( bulan puasa-sampai-8jam dlm bas-sampai hotel on 6pm-interview on 7am-going back to sandakan pkul 1pm-esok p sekolah), interviewer tanya,”kalau anda diberi peluang untuk menerbitkan sebuah tv show, apa yang akan anda lakukan?” (ofcoz the question all in english). Dengan ‘penipu’nya aku jawab, “kalau saya diberi peluang sedemikian, saya akan menerbitkan tv show yg mempromosikan Sabah, terutamanya Sandakan kerana terlalu sedikit rancangan seperti ini yang merangkumi seluruh aspek keunikan yg Sabah miliki” hahaha, betul, skrip langsung x diubah sama seperti 3 tahon lalu.

Aku rasa aku perlu melakukan ‘sesuatu’ kearah ‘impian palsu’ ku itu. Rasa macam tanggungjawab pulak untuk aku memperkenalkan tempat tembuni*ku yg selamat ditanam 21 tahun yg lalu. Tanggungjawab untuk membetulkan stigma sebahagian (mungkin keseluruhan) manusia cetek ilmu geografinya.


sebahagian daripada Sandakan
(credit: http://static.panoramio.com/photos/original/1337477.jpg)

Sandakan bukanlah sepenuhnya dikelilingi hutan. Kami masih menggunakan jalan raya berturap yang akan terkandas setiap pukul 6.30-8.00 pagi dan 4.30-6.00 petang. Kami masih lagi sempat merasa nikmatnya KFC yang ada 4 cawangannya (Bandar, bt4, Giant, dan bt 8). Dan kami juga masih boleh bertukar pendrive yg penuh dengan cerita Gossip girls, di download menggunakan wireless yang ada dimana2 restoran, kedai makan mahupun dirumah sahaja.

Ya, mungkin kebanyakan (
tapi tidak semua) dari Sandakian yang tahu apa itu Gucci, LV mahupun secikai Padini, tapi masih boleh kelihatan makcik-makcik bertudung bawal ikin-mawi menjinjing beg-beg tersebut sambil bershopping memilih ikan,udang,sotong, ketam, kepah (bukan ydp blok n.) mahupun lobster yang bertaburan tersedia untuk diratah penuh jemu oleh anak jatinya.

Sandakan dalam usaha membangunkan dirinya untuk menjadi Bandaraya yang maju, selagi tunggak pemerintahannya disandang oleh anak kelahirannya. Disana-sini pembangunan dijalankan. Terbaru yang baru siap separuhnya, Sandakan Harbour menggunakan konsep ‘tambak&bina’ seperti yang diamalkan oleh Singapore, bakal ranap dalam beberapa tahun. Dikatakan, akan dibina sebuah hotel yang bernilai 1 billion RINGGIT MALAYSIA, dimana telah menghapuskan zaman kegemilngan Bandar BDC (borneo development centre) yang tak seindah namanya. Huhu.

Jelas, Sandakan dalam usahanya meletakkan dirinya setanding Kota Kinabalu, juga melayakkan dirinya sebagai penghuni carta korupsi yang maha tinggi. (
Aku xnak tulis lebih2, kang ade plak masuk ISA. huhu) Selamat Maju jaya Bandarku!

*tembuni: tali pusat bayi


Nak tahu lagi.. just click the link below:

http://www.cuti.com.my/Sub/Sabah/guide_sandakan.htm
http://www.lexphoto.co.uk/malaysiascrapbook.htm
http://limadang.com/2008/02/20/sabahan-datuk-houses-vs-the-people/
http://naspazi.multiply.com/journal/item/337/ANTARA_CM_DAN_MC_SIAPA_BRUTUS_SIAPA_JULIUS_-_Deep_Throat_Sabah

Friday, June 5, 2009

Bengang+bangang=BENGAP!!

Memang sangat sakit gila hati aku harini. Bengkak bernanah sume la. Memang bangang campiang bingai la makhluk tuhan yang format laptop aku ni! BUDUH!

Camni kronologi die, laptop aku rosak last day aku kat lendu, kat airport duk cam org giler xwat pape sebab..laptop rosak. Sampai jek kat umah, dengan penuh keyakinannya aku pon antarla laptop pusaka aku ni kat MULTIPLUS SDN BHD kat belakang pakwell sebaris ngan butik yg slalu aku window shopping time form 5. Bapa aku suruh sape tah kawan die, murah katanya. Tapi aku xnak disebabkan beberapa dalil,antaranya:

1) Sebab dah penah anta laptop aku kat sini. Last sem. Masalah yang sama.
2) Sebab takut kantoi kerna terlalu banyak simpanan ’batin’ku dalam laptop.. xlah byak.. em 5 jek kowt..hahha
3) Tak yakin ngan syarikat persendirian neh.. yelah, kang xpasal2 satu laptop dier format. (sinikal).

So, aku secara kondipen pon bgla kat kedai neh.. kiranya kalo kat Sandakan neh, kedai ni (or should called as SYARIKAT..duuhh!) diorangla yg paling well-known. Aku bg kat cashier die yg speaking nak London berdialek bugis.. ceh! Aku siap bagitao lagi kat dia,

“yang paling penting backup file kat desktop. Ko nak wat ape skalipon kat laptop usang ni, buatla. X kesah. Yang penting ko backup file kat desktop. Coz kat situ berlambak benda2 penting dalam idop aku, tao” aku beranak wayang.(skrip tpaksa diubah agar sume lapisan masyarakat memahaminya..)

Die anggok jek. Emm, kalo kat Malaysia neh, rasanya anggukan(non-verbal comm) boleh dikira sebagai FAHAM, SETUJU,MENG-YES! Etc. dengan senang ati aku kluar.

Tunggu punya tunggu, hari ni (5 jun 2009) aku antar 22 May 2009, 3 minggu! Baru arineh laptop aku siap. Tu pon kalo aku x call, kiamat kot baru siap. So, aku check la kejap. Charger bateri dier lak rosak, so xdpat check kat kedai tu. Cashier dia meyakinkan aku yg sume file dah selamat di backup. Pulang jek kat umah, YANG ADO!!! Dier backup mydocument jek. My destop?? Hangsuang!!! Menyirap aku, teros call balik. Laki cina yang angkat. Die kate org yg format aku tuh ngah CUTI. So nanti ESOK dia call balek.

Pastu, pukul 7.22pm cashier pompuan tu call, dia suroh aku DOUBLE CHECK (?)kat mane folder, manetao ade. (aik? Aku plak yg die slahkan..) . pastu die kate orang yang format laptop aku tuh DAH RESIGN!! Volley??? Vantat x vantat?? Bhabi x bhabi??? So aku katala, cane? Boleh dapat balik x? die jawab: “x confirm” eh! Camtu lak dia jawab! Sangat B.A.B.I.!.

Mane lah darah aku x tinggi arineh, dah lah makan daging lunch tadi, bertambah2 lah tinggi darah aku. Rasa nak SAMAN jek kedai bangang tu! Rasanya boleh kowt, mengikut akta pengguna (adeke?). Tapi apakan daya, aku kat land below the wind, sapa nak dengar aku merepek? Angin??

Rasa nak menangis jek bila ingat file2 tu sume. Bukan video2 batin tu, sume tu boleh dapat dari titel..haha. Tapi yang pedih sangat folder2 gambar aku ngan kenkawan. Tuh yang teramat la PENTING!

So, wahai sandakian, janganlah p kedai tu lagi. Kalo nak backup ke ape ke, please2 talk to the technician bukan cashier bodoh die! Diorang hnya tao angkat call, main MIRC (so lame!), tulis2 resit dan say thank you and please come again. Diorang xtao haram pon pasal komputer2 neh sume. Konklusinya, aku menyalahkan CASHIER BODOH tuh yang sebabkan sume neh terjadi!! BANGANG!! BENGAP!!

dah la SANGAT MAHAL, backup+format=rm60! walopon aku neh xla arif pasal komputer, tp aku rasa harga dia sangatla mahal. kat abang dimensi lg murah (kowt..)

Thursday, June 4, 2009

bila aku mula merepek

cuti sem dah start..
so masa untuk berblogging..

tunggu repekan aku.
:P