BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 29, 2011

ah, hati! kau terlalu puitis!

lidah kelu, diam membisu

badan membatu, hati membeku
fikiran celaru, mengenang dirimu.

masa terlalu kejam
membuat hati terus terbungkam
terasa sungguh lambat kau berlalu,
menghilangkan kesakitan merindu.

entah apa lagi perlu ku laku
untuk melupanya biar sesaat
namun ku terus buntu
kerna bayangannya terus menjerat.

ah, hati! kau terlalu puitis,
hingga dia terasa lemas,
membuatnya rimas,
kerna kau terlalu cemas.

entah, apa lagi perlu ku laku.

Thursday, March 24, 2011

Bertahan Selagi Diperlukan

Terus membiar, tidak beralah
Terus menyimpan, biar parah.

Kenapa masih mahu menerima
Sedang hati tahu kesemua
Kenapa masih tidak berganjak
Sedang hati makin berantak

Cuba memujuk, cuba melupa
Biar sang penglipur meneruskan lara
Sambil bila, sampai kemana
Biar masa menoktah segala

Ketika diri membutakan hati
Ingat kembali kenangan disemi
Biar tenang sejuklah diri
Dari sakit ditanggung sendiri

perlu kau ketahui, duniaku adalah milikmu.

Thursday, February 24, 2011

terima kasih

terguris hati ini

rupanya dibelakang, diri disenda
entah, diantara gurauan atau kejian

jika bukan kamu untuk berkongsi rasa
pada siapa lagi untuk ku berkata
ingat pertalian erat sekata
rupanya diri menjadi sendaan semata

tidak ku membenci
tidak ku berhenti

biarkan aku menjauh. untuk seketika.

Tuesday, February 22, 2011

mungkin aku harus membiar

kenapa perlu berahsia sedang hati berkata setia?

kenapa perlu berselindung walau kata berpaut rasa?
kenapa perlu menoktah persoalan soalan sedang hati menuntut jawapan?

makin ku selongkar, makin banyak terbongkar
makin ku selam, hati makin kelam

mungkin aku harus melupa
lipatan kisah sebelum cerita bermula

tapi,
bagaimana pula
jika kisah itu masih berterusan
tidak terhenti malah berpanjangan
sedang kita di puncak cerita?

mungkin aku harus membiar, walau hati terus terkilan.

Wednesday, February 16, 2011

yang penting kita

perlu diketahui
aku bersyukur segala yang ada
tidak perlu ditabur emas mengaburi mata
takut buta dimamah nafsu serakah

cukuplah hati mekar segar sentiasa

Friday, February 11, 2011

mencuba dan bertahan

sekali lagi mahu mencuba

ya, salahkan aku kerna masih terus mencuba
salahkan aku kerna masih mahu terus diluka
salahkan aku kerna membiar diri terus tersiksa

akan cuba untuk bertahan
bersama menyanyi, berpelukan
walau hati cuba menjawab persoalan
adakah ego atau sayang menjadi landasan?

dia terus begitu
aku masih begini
dan kau
jika sayang kenapa masih menjauh
jika cinta kenapa terus meminggir
adakah ini sekadar mainan mu
untuk membiar aku tersedar sendiri
bahawa ini jenaka semata?

lakukanlah apa saja
kerna kasihku melebihi sayangmu

hanya mampu bersabar dan terus bertahan

Sunday, February 6, 2011

emotionally unstable.

hati masih sayu
hati masih layu

ah, mengapa airmata, masih belum bisa berhenti mengalir
hati masih tersentak. masih baru lukanya
mahu dibiar, takut tersasar
tapi sampai bila harus merasa sakitnya derita

baru luka
biar sembuh sendiri
kelamaan, surut sendiri.

parutnya?
biar menjadi tanda kepedihan di malam ini.
agar kekal kau terus sendiri
jangan biar terluka lagi
matikan saja. matikan saja.

mana hilang warasnya akal
hingga terlihat sisi yang lemah
jelas ternampak bodohnya lagakmu

teringatmu,
tariklah nafas sedalamnya
moga terhembus resah bersamanya

sukar untuk melupa...