BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 20, 2010

celaru semalam

seringkali kita merintih pada hati yang pergi
kita meratap mengenang saat-saat tika bersuka, tika gembira.
tidak terdetik walau secuit
saat-saat hati terluka oleh kenangan semalam.

seringkali kita menyalahkan semalam atas apa yang berlaku hari ini
kita berdengus bermakian kerana sialnya semalam
berterusan hingga ke pagi.
kalaulah semalam aku begitu, mungkin tidak aku begini.
kalau, begitu dan begini

seringkali kita gusar akan apa yang akan terjadi di cerita seterusnya
kita menanti penuh debar, dan berharap cerita itu
berkesinambungan dengan coretan angan
yang dikarang semalaman

seringkali kita berjanji pada hati untuk beranjak,
melakukan yang lebih baik dari semalam
atau melupakan terus sialnya semalam.
hari ke bulan ke tahun
kita terus mencuba

namun,
kita terlupa
hidupnya kita hari ini
adalah kerana kisah semalam.