BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 11, 2014

Lagi

Sekali lagi tewas mahu mencuba

Kerana tahu akhirnya bagaimana
Mungkin juga kepastian belum tiba
Yang ini hanya kasihan semata?
Atau berpaksi gunungan impian sahaja.

Maaf. Mari berhenti dan kenali diri 
Mahumu apa dan apa.

Wednesday, April 2, 2014

Ketidaksedaran

Yang akhirnya semua berpunca dari diri, bukan silap laku kau atau dia. Kerana akhirnya ia datang dari hati yang tidak pernah puas dengan kesempurnaan dan kesyukuran. 

Mulakan.

Sentiasa ada sesuatu sebagai pemula. Mungkin atas desakan sekeliling yang semakin menyempit. Atau kehendak peribadi yang sukar diturut. Sehingga memaksa untuk merubah tindak dan tanduk.

Menerima perubahan itu juga sebagai satu pemula. Seperti dilakukan sekarang, dan hari sebelum dan seterusnya. 

Tuesday, February 25, 2014

Kadang-kadang

Ya, tipu jika ku kata tidak pernah termimpi, untuk kembali seperti yang pernah dialami.


Tidak dinafi, ada kala bangkit rasa menyesal, mahu melempang pipi kerna tidak tahu rasukan apa membuat keputusan dengan sekali hembusan.

Tapi, bila diingat sakit dan perit menunggu saat berhenti, bila mahu menoktah; yang pasti bukan atas desakan kesingkatan akal namun tindak tanduk yang memual lagi menjerut; 

Tarik sedalamnya-menghembus kuat dan memikir tugas-tugas yang tak sudah. 

Lalu hidup diteruskan, sediakala. 

Saturday, February 22, 2014

Bebal sang egois

Mungkinkah terlalu jujur hingga menurut segala kata hati, meninggalkan yang sedia memberi, setelah kau pun sekejap terpatri?

Menidakkan semua yang selama ini kau tagih?

Mungkin juga kerana egois yang cukup menebal sehingga membuat diri bebal mematikan rasa sehingga kau kini kesal?

Mungkin juga takut memberi persepsi yang akan menjadi satu lagi mimpi ngeri, membuat satu lagi mimpi, mati?

Bersediakah kau sedangkan kau memulakan?

Mencari alasan untuk membunuh satu impi. Lagi.

Friday, August 16, 2013

Penghargaan

 Tak ingin kehilangan sesiapa lagi. Cukup dan ku perlu sedar untuk menghargai dan menerima ketentuan yang telah termaktub.

Monday, August 12, 2013

Perih 2 : egois.

Sayang bila egoistik dan sifat kebanggaan pada kenikmatan semakin membesar dalam diri. Meluput sisa tawa yang dikongsi semalam. Melenyap janji setia bersama tika kau sedih atau gembira. Menjadi orang pertama mendengar segala kisah, malah tidak meminta balasan, hanya sekadar perhatian. 

Dan kau mengata, serahkan saja pada takdir? Ku keliru dengan tindak dan tandukmu seolah-olah mahu mengelak kesilapan yang jelas terpancar atas kebodohan dan kesilapan diri. Semua disebabkan kerana, egoistik- Perasaan yang menutup kerendahan hati yang ku bangga ada dalam dirimu. Sayang ia perlahan lenyap dan berganti dendam yang kau simpan sekian lama. 

Sahabat, hentilah sandiwara kerana belang sudah terbongkar. Kau mengata itu, tapi ku tahu ia begini. Kami tertawa melihat tiap lagak dan permainanmu.


Dangkal, ya dangkal. Kerana tidak ku sangka imbasan dendammu sekadar menunjukkan kau tidak mampu untuk berkata maaf. Perkataan ringkas namun bisa merungkai jerat yang kau cipta sendiri. 

Sial.