BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 25, 2012

how do you define success?

setiap kita terkejar-kejar untuk berjaya
bagi membukti lelah sudah diusaha
bagi membayar jerih mendaki tangga
melunas angan dan mimpi suatu ketika

tapi,
bagaimana mahu tahu kita sudah berjaya?

adakah dengan menjadi tempelan di rancangan entah siapa melihatnya?

atau menulis di lembaran pojok yang jelas membogelkan maruah?

mungkin melestarikan pembelajaran yang ke peringkat tinggi walau diri masih berfikiran jumud penuh dakyah?

atau berada di payungan nama besar luar negara walau sekadar pencacai fungsinya tiada?

entah. kita punya pengertian berbeza mengenainya.

aku?
masih bertatih menongkah badai mencipta bahagia
persetankan senyum sinis mereka
biar. biarkan

Wednesday, June 27, 2012

Yang lampau

Memori
Hati rasa sayu bila terkenang peristiwa lalu
Jiwa terasa kacau teringat cerita aku dan kamu
Tak terasa jatuh airmata setitik dua
Teringat kisah tawa dan luka bersama

Entah,
Kenapa dikenang peristiwa lalu.

Mungkin
Hari yang dilalu menyesak dada
Hingga tak terluah melalui kata
Membiar angan jauh melangkah
Merentasi masa ceritera lama

Tika hati hanya tahu suka dan duka
Bersama teman yang seia sekata
Bermasam muka atas dasar yang entah apa apa
Atau tika pilu cinta dirobek entah siapa

kau buat ku tersenyum mata berkaca

Hari-hari yang berlalu terasa kejam
Dikelilingi dengan sinar sinar yang kelam
Hanya kenangan buatku riang dari bermuram
Tapi tidakku hidup berpaksi kisah semalam

khas, bff.

Friday, December 30, 2011

Kini masanya

ini masanya,
untuk menunai segala cita
yang menjadi angan suatu ketika
yang diimpi sekian lama

masanya kini
untuk membukti kemampuan diri
bukan masanya lagi
beromong kosong membangga diri
hidup dalam bayangan sepi

perlukah aku kecut?
melihat yang lain terus memecut
tinggal diriku ibarat pengecut
jauh kebelakang seperti penakut?

akan ku terus melangkah
cekalkan hati terus menggagah
biar salah jangan kalah
kerna bukan niat untuk menyerlah

tiada iri jauh mendengki
kerna segala ketentuan ilahi
terus mencuba percaya diri
restu ayah doa ibu mengiringi
perjalanan hidup melunas mimpi.

moga diri terus diberkati...

Tuesday, September 6, 2011

cinta

sungguh mulia hatimu

membuatku benci dirimu
agar mudah untuk ku melupa
setiap kata indah suatu ketika

adakah ini yang kau pinta
kerna terbit rasa baharu
dihati entah siapa?
dan mahu aku menerima?

atau adakah di ruang hati
tak tertahan kebencian diri
tak sanggup menerima lagi
segala yang dijanji?

Ya, akan ku terima
segala ketentuan yang ada
kering sudah airmata
yang menitis tanpa dipinta.

Ku begini kerna...



Sunday, August 21, 2011

Sukar ini akan ku tempuh

Sukar untuk melupa tika hati masih terlalu cinta
Sukar untuk melepas tika rindu pelukan asmara
Sukar mana sekalipun, mungkin ini sudah takdirnya
Suka atau tidak, terimalah kenyataannya.

Mungkin ini terbaik untukmu
Tapi tidak padaku..
Akanku telan walau sepahit hempedu
Menerus langkah, tanpa secebis kasihmu

Berhenti berharap

Untuk kesekian kalinya
Entah kali ke berapa perlu ku ulang
Perlu memberi ruang.

Dulu,
Aku bermain dengan rasa
Bermain dengan hati
Bermain dengan emosi
Sendiri.

Tapi,
Kini kau bermain dengan kesetiaanku
Kau permainkan kejujuranku
Menerima dirimu dan kisahmu
Menelan segala cemburu
Yang berlingkung dikelilingmu

Tidak mengapa
Aku perlu berundur
Memberi kau ruang
Agar hilanglah rimasmu
Agar kau tidak lagi berdusta
Pada siapa siapa.

Tuesday, July 19, 2011

Kita sudah besar

Hari berlalu tanpa disedari
Minggu yang datang
Ditempuh tanpa dipeduli
Tidak sedar pagi atau dinihari

Adakah ini maksudnya,dewasa?

Terduduk terdiam
Meneka hati yang berbalam
Dimana pergi hilangnya tawa
Riangnya hati bergurau senda
Bersama teman dikala suka
Bersama sahabat ketika duka?

Inikah maksudnya, dewasa?

Hari-hari yang berlalu
Membawa pergi bersama keceriaanku
Keriangan bersama teman temanku
Yang Membawa haluan satu persatu

Ada yang pergi kerana ego semata
Ada yang pergi melupakan segala
Ada yang pergi bersama luka
Tapi semuanya terletak pada kita
Memilih struktur jalan cerita

Inikah maksudnya, dewasa?

Ku doakan yang terbaik buat kita
Moga sejahtera hendaknya

Amin.