setiap kita terkejar-kejar untuk berjaya
bagi membukti lelah sudah diusaha
bagi membayar jerih mendaki tangga
melunas angan dan mimpi suatu ketika
tapi,
bagaimana mahu tahu kita sudah berjaya?
adakah dengan menjadi tempelan di rancangan entah siapa melihatnya?
atau menulis di lembaran pojok yang jelas membogelkan maruah?
mungkin melestarikan pembelajaran yang ke peringkat tinggi walau diri masih berfikiran jumud penuh dakyah?
atau berada di payungan nama besar luar negara walau sekadar pencacai fungsinya tiada?
entah. kita punya pengertian berbeza mengenainya.
aku?
masih bertatih menongkah badai mencipta bahagia
persetankan senyum sinis mereka
biar. biarkan
Wednesday, July 25, 2012
how do you define success?
Posted by :: hafiz ahmad :: at 12:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment