BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 30, 2010

2010. I won't regret. Terima Kasih

Duapuluhsepuluh.

dan akhirnya kau pun pergi.
meninggalkan diri dengan seribu memori
yang hanya aku dan ilahi
lebih mengetahui

Terima Kasih, Teman
kerana sentiasa disisi
mendengar, melihat, merasa, bersama
jatuhnya diri, remuknya hati
tapi kau tetap disisi.

terlalu banyak yang dipelajari sepanjang tahun ini. dan sayangnya ia diakhiri dengan satu rasa yang amat membencikan diri. perasaan yang terus bersarang sehingga kini. tidak mengapa. sedang berusaha untuk mematikan sahaja rasa itu. biarlah. aku cuba hidup tanpanya. walau orang kata tanpaya, jiwa akan mati.

tidak. tak mungkin akan dikesal setiap yang berlaku. bukankah ini doaku sejak sekian lamanya? tidak sesekali aku menyesali.

terima kasih kepadamu. kerana sanggup berkongsi rasa bersamaku. biar orang mengata, yang aku hanya bermain dengan ilusi semata, biarkan mereka. kerana hanya kau dan aku lebih mengetahui keriangan, kegembiraan, kebencian, kepedihan yang kita lalui sepanjang masa yang terluang.

tidak mengapa. aku mengundur diri. memberi ruang kepadamu untuk bernafas kembali. yang telah aku sekat kerana keghairahan diriku menawan puncak yang tidak berpuncak. bernafaslah seperti sebelum kita bertemu. kongsilah udara bersama insan yang kau simpan sekian lamanya. tanpa pengetahuan akalku. aku tahu. tapi cuba menidakkan. kerna sayang melebihi kewarasan. dan akhirnya aku sedar. dipenghujungnya, kau akan tetap bersamanya dan aku akan terus menjadi bayang-bayang. aku memilih untuk berundur.

Terima kasih teman-teman. kerana sedia membuka hati, meluang masa mendengar rintihan hati. walau ada yang terus mempersenda, tidak mengapa. terima kasih kerana terus bersama. kasih dan sayangmu sekurang-kurangnya meredakan kesakitan.

ah, 365 hari lagi terpaksa aku lalui. akanku jalani dengan hati yang pasti. melupakan sejenak. membiarkan masa terus berdetik hingga kita bertemu lagi dipenghujungnya.
dan mungkinkah aku akan terus begini? moga tuhan sentiasa bersamaku.

moga kebahagian dan kesejahteraan sentiasa bersama-bersama kita.

0 comments: