Kerana tahu akhirnya bagaimana
Mungkin juga kepastian belum tiba
Yang ini hanya kasihan semata?
Atau berpaksi gunungan impian sahaja.
Maaf. Mari berhenti dan kenali diri
Mahumu apa dan apa.
Yang akhirnya semua berpunca dari diri, bukan silap laku kau atau dia. Kerana akhirnya ia datang dari hati yang tidak pernah puas dengan kesempurnaan dan kesyukuran.
Sentiasa ada sesuatu sebagai pemula. Mungkin atas desakan sekeliling yang semakin menyempit. Atau kehendak peribadi yang sukar diturut. Sehingga memaksa untuk merubah tindak dan tanduk.
Menerima perubahan itu juga sebagai satu pemula. Seperti dilakukan sekarang, dan hari sebelum dan seterusnya.