BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 7, 2010

satu tangga lagi.

ya, satu tangga hidup lagi.
yang menuntut aku untuk terus melakukan perubahan. mungkin.
perubahan? yang sering aku lakukan.
namun akhirnya diri tertanya kenapa dan mengapa sanggup melakukan kebodohan itu.
pada siapa wahai diri mahu kau buktikan?

hidup? terlalu banyak yang ingin dikhabarkan. namun bimbang keterujaan itu bertukar menjadi ion-ion negatif kepada mereka yang tersentak. dan akhirnya aku hanya mendengar, melihat dan mengandai yang baik-baik saja.

apa yang aku hajatkan di usia ini hanyalah teman yanag mampu mendengar, melihat dan berandai bersamaku tanpa sedetik pun propaganda.