BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 22, 2009

kasutmu yang istimewa.

aku cuba berada dalam kasutmu.

ya, aku faham kasutmu itu, bukan seperti yang kau mahu. aku turut bersimpati. tapi, tak perlu agaknya kau menyalak menyalahkan si tukang kasut atas kesilapannya yang kau anggap bodoh. ya, mungkin dia salah, berikan dia masa untuk membetulkan. kau kan ada surat jaminan 1 tahun. daripada sirim. jadi tak perlulah menunjuk-nunjuk yang hanya kau saja layak memakai kasut itu. ya, aku tahu dan lain pun begitu, yang dirimu adalah golongan istimewa yang tidak harus diberikan masalah. kerana dirimu istimewa, ya aku tahu dan lain pun begitu. ataupun mungkin kau harus mencari kedai kasut baru jika kau berasa kedai si tukang kasut, yang selama ini membuatkan dirimu istimewa di mata kami, tidak lagi mampu memberikan apa yang kau mahu.


syukur kasutku cantik jahitannya. tapi terasa was-was jika kasut itu sesuai dengan imej ku yang kampung ini.

Friday, December 11, 2009

aku manusia

baru sampai rumah. bekejar ke Maybank melangsaikan kredit tertunggak. tepat 10.55 malam. di luar, seorang budak kecil lingkungan 5 tahun sebaya adikku, sedang menangis teresak-esak. muka kesedihan. ditanya, hanya mengangguk. non-verbal communication.

Fahamanku: ibu dan dirinya terpisah. mungkin pagi tadi, waktu aku ke-busy-an mencari singgahsana di dunia yang lain. oh kasehan! budak itu. terasa seperti berlakon dalam cerekarama sabtu 10 malam hanya di tv3 pulak.

lantas aku belikan KFC's Whipped Potato Large. segera menelefon dan bertindak bersama Edwin. berbincang dan berdiskusi, kami menyimpulkan satu penyelesaian.

:: pergi Balai Polis -> bawa budak tu-> hebahkan budak hilang kat Sandakan FM, Borneo Daily Post -> mak dia datang ambil -> kitorang jadi Hero seketika ::

Bertindak= menuju Balai Polis. eh, tutup. oh lupa! Balai Polis pun ada office hour. (baru tahu, ilmu baru.)

kecewa. dalam kereta, kami lihat dari kejauhan gelagat orang ramai lalu lalang di hadapan si kecil. melihat sejauhmana keperimanusian mereka. Hampa, tiada yang peduli. Guys, atleast say Hi! or even tunjuk muka bersamamu ke? masih dalam kereta menunggu Hero penyelamat dunia. kami menunggu. tak buat apaapa.

akhirnya. si Hero muncul. berjantina perempuan. 2 0rang. berkereta Saga hitam berpakaian Bukit Bintang tapi slang Sandakan. wow! taksub sekejap.

berempat kami masing-masing mengemukakan hipotesis sendiri. turut serta tanpa berbicara, seorang lelaki yang kelihatan sibuk membelek i-phone agaknya. buatan China.

i- kesian budak ni. dari tadi dia kat sini. mungkin dia terpisah dengan mak dia.
ii- kitorang nak bawa ke Balai Polis (yang dah tutup) tapi dia tak nak. cakap pun tak.
iii- tapi boleh jadi, ni just sindiket. kang tak pasal-pasal kita kena rompak + bunuh = mati sia-sia.
iv- tapi muka dia tak lah macam typical muka budak sindiket.
v- kami terdiam seketika. mata tertumpu pada budak tak berdosa yang kotor badannya, tak berselipar.

eh! mana Whipped Potato yang aku beli tadi? oh, dia simpan kat tepi. eh! kenapa tak makan? oh, dia nak makan sikit-sikit, lapis perut, bertahan. sehingga mak dia datang. oh simpati lagi. aku bermonolog dalaman.

vi- jadi, bagaimana??


KLIMAKS

"budak ni? ala, dia memang selalu ada kat sini. kadang dia kat sana kadang dia kat situ. setiap malam. mak dia ada,cleaner. mop-mop lantai. dia memang tak nak cakap. bila orang tanya, dia buat-buat sakit kepala"

kebetulan si kecil berekspresi sedemikian.

"hoi budak, dah balik! dah malam ni, kang aku panggil polis baru tau" titah si lelaki ber i-phone dengan lagak selambanya sambil menuju masuk ke Maybank Indah Jaya, Batu 4, Sandakan.

"Nanti la aku balik la. kejap lagi." si kecil bersuara.

Empat pasang mata berpandangan. muka berubah. cepat-cepat masuk kereta. dan gelak nak mati.


syukur aku masih berperikemanusian di saat itu. jika kalian?